FIST UMPSA

— Class Schedules

Pelajar Tahun Akhir FIST Merangkul Anugerah Emerging Research Award di FIMiEx2025

29 November 2025 | FSTI Success

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) atas kejayaan merangkul Emerging Researcher Award dalam kategori FIM Innovation di Faculty Industrial Management Innovation Exhibition (FIMiEx2025) yang berlangsung pada hari ini di BCIC Lodge Hotel, Kuantan, Pahang!

Kumpulan diketuai oleh Lim Jia Xin bersama Ho Hao Xian, Yong Wen Xue, Siow Xin Yi dan Liew Xin Yi, di bawah seliaan Dr. Aishah binti Mohd Marsin dari Program Bioteknologi Industri, telah berjaya membuktikan daripada projek tahun akhir mampu memberikan impak dan berpotensi untuk dikomersialkan. Berbekalkan tajuk "Leo-Pod", inovasi ini turut mendapat Anugerah Emas di dalam Kategori Pelajar Universiti dan Politeknik. Tahniah atas pencapaian cemerlang ini!

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#StudyAtUMPSA

#jommasukfistumpsa

#fistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang