EKSA FIST

Satu medium yang memfokuskan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Dasar

Warga UMP secara muafakat dan berdisiplin sentiasa mengamalkanWarga UMP secara muafakat dan berdisiplin sentiasa mengamalkanEKSA secara berpasukan demi mewujudkan persekitaran tempat kerjayang kondusif dan warga UMP sentiasa berinovasi bagi memenuhikepuasan pelanggan.

Slogan

Budaya Kerja Cemerlang Melalui EKSA

Misi

Kami bertekad untuk cemerlang dalam menyediakan pendidikan, penyelidikan, dan perkhidmatan teknologi aras tinggi yang dipacu bersama komuniti melalui ekosistem keusahawanan sosial

Audit

Pihak PPSK dengan kerjasama Juruaudit Dalaman EKSA Universiti akan menjalankan Audit Dalaman EKSA Siri 2 Tahun 2024 bermula pada 4 November 2024 hingga 29 November 2024.

Image
Image
Image
Image

Sejarah

Apa itu EKSA?

 

EKSA ialah singkatan dari perkataan asalnya iaitu EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:

  1. Imej Korporat;
  2. Kreativiti dan Inovasi;
  3. Amalan Hijau
  4. Persekitaran Kondusif; dan
  5. Kepelbagaian Agensi.

Keperluan EKSA

EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua zon di FIST agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui laman web ini,diharapkan staf FIST dapat menerima informasi berkenaan EKSA serta memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga FIST dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.

WIFI Internet
WIFI Internet
Penyaman udara
Penyaman udara

Suhu bilik ditetapkan pada 24 °C sebagai langkah penjimatan elektrik

Kelengkapan bilik
Kelengkapan bilik

Bilik dilengkapi perabot yang keadaan baik dan ergonomik

Mesra kerjasama
Mesra kerjasama

Pesekitaran selesa dan kondusif

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Lebih Sistematik
Lebih Kondusif