FIST UMPSA

News & Events

FSTI Raikan Kecemerlangan Staf dalam Majlis Anugerah Citra Gemilang 2025

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Citra Gemilang FSTI 2025 yang berlangsung pada 12 Februari 2026 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan FSTI, Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli.

Mesyuarat Majlis Dekan Sains dan Matematik (MDSM) Universiti Awam Kali Ke-29 di UMPSA

9 Februari 2026 | UMPSA Pekan

Mesyuarat Majlis Dekan Sains dan Matematik (MDSM) Universiti Awam Kali Ke-29 Bil. 1/2026 telah berlangsung pada Isnin, 9 Februari 2026, bertempat di Dewan Senat, Canseleri Tun Razak, UMPSA Kampus Pekan. 

KOLABORASI UMSU-UMPSA MELALUI PROGRAM SYARAHAN DI FIST UMPSA

26 Januari 2026 | UMPSA Gambang

Telah berlangsung hari ini Program Syarahan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) yang melibatkan 4 pensyarah UMSU yang terdiri daripada Profesor Dr. Dafni Mawar Tarigan S.P. M.Si selaku Dekan Fakultas Pertanian, Prof. Dr. Ir. Wan Arfiani Barus M.P, Dr. Ir. Desi Ardilla. MP dan Puan Bunga Raya Ketaren S.P., M.Sc., Ph.D. yang merupakan salah satu inisiatif awal dalam jalinan kolaborasi FSTI-UMSU.

Bengkel Smart Classroom di Smart Classroom@FSTI

20 Januari 2025 | UMPSA Gambang

𝐁𝐞𝐧𝐠𝐀𝐞π₯ π’π¦πšπ«π­ 𝐂π₯𝐚𝐬𝐬𝐫𝐨𝐨𝐦 𝐝𝐒 π’π¦πšπ«π­ 𝐂π₯𝐚𝐬𝐬𝐫𝐨𝐨𝐦@π…π’π“πˆ

Satu Bengkel Smart Classroom telah diadakan di Smart Classroom@FSTI pada 20 Jan 2026 dari 10 pagi hingga 1 petang. Bengkel ini diadakan oleh Taskforce Smart Classroom@FSTI dan penceramah dijemput dari Avarai Technologies Sdn Bhd. Bengkel ini disertai oleh 24 staf FSTI terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan staf teknikal fakulti. Bengkel ini juga disertai oleh 3 orang staf DiTeC.

Wacana Alumni FSTI 2025

Pihak Jawatankuasa Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (GE) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Tan Suat Hian dengan kerjasama enam (6) ahli taskforce daripada kalangan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah berjaya menganjurkan Program Wacana Alumni FSTI 2025. Program ini melibatkan empat program pengajian iaitu Sarjana Muda Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan-BPS), Sarjana Muda Sains (Kimia Industri-BSK), Sarjana Muda Sains (Teknologi Bahan-BSP) dan Sarjana Muda Sains (Bioteknologi Industri-BSB).

Seramai lapan (8) orang alumni daripada empat program berbeza telah dijemput sebagai panel jemputan bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan kerjaya mereka selepas tamat pengajian sehingga ke tahap semasa. Program ini telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2025 (BPS), 6 November 2025 (BSK), 12 November 2025 (BSP) dan 13 November 2025 (BSB), merangkumi sesi wacana berasingan bagi setiap program secara atas talian. Kepelbagaian latar belakang alumni yang merangkumi jawatan sebagai Manager Safety, Health and Environment, Field Sales Executive, Perfumery Assistant, Junior Technical Operation Executive, Quality & Reliability Engineer, Senior R&D Engineer serta Senior Associate – Compliance telah memberikan perspektif yang menyeluruh kepada pelajar FSTI berkaitan peluang kerjaya dan keperluan sebenar industri.

Lawatan International Islamic School Malaysia Kuantan ke FIST UMPSA

15 Disember 2025 | Promosi FIST

Sekitar bingkisan lawatan pelajar daripada International Islamic School Malaysia (Kuantan). Seramai 16 pelajar dan 6 guru telah terlibat dalam lawatan ini. Pelajar telah melawat ke Makmal Kimia Analitikal, Makmal Microbiology dan Ruang terbuka OSH denagn aktivitiΒ² STEM yang diketuai oleh Dr Naziku, Puan Hayati, Dr Normaiza, Dr Afiza dan Puan Nurliyana. Pelajar telah diberikan pendedahan mengenai ujikaji secara hands-on di makmal UMPSA. Semoga pelajarΒ² yang hadir bertambah minat untuk menyambung pelajaran di bidang STEM.

Fun FIST Bowling Day 2025

14 Disember 2025 | FIST Bowling

𝐅𝐔𝐍 π…πˆπ’π“ ππŽπ–π‹πˆππ† πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ“

Pelajar Tahun Akhir FIST Merangkul Anugerah Emerging Research Award di FIMiEx2025

29 November 2025 | FSTI Success

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelajar tahun akhir Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) atas kejayaan merangkul Emerging Researcher Award dalam kategori FIM Innovation di Faculty Industrial Management Innovation Exhibition (FIMiEx2025) yang berlangsung pada hari ini di BCIC Lodge Hotel, Kuantan, Pahang!

Program Latihan β€œPsychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024”

Program Latihan β€œPsychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024”

Program latihan bertajuk β€œPsychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024” telah berjaya dijalankan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA pada 21 November 2025. Latihan ini melibatkan seramai 23 peserta daripada program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS) dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO).

Image
β€” Contact
Faculty ofΒ Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300Β Gambang
Pahang