IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN BIOTEKNOLOGI INDUSTRI DENGAN KEPUJIAN , UMPSA
- Bioteknologi industri adalah bidang sains gunaan yang memanipulasi organisma hidup dan komponennya untuk menghasilkan produk dalam pelbagai sektor industri.
- Program ini telah diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2013.
- Program ini mensasarkan untuk memupuk modal insan dengan mentaliti kelas pertama di dalam budaya yang kaya dengan unsur kreativiti dan inovasi.
BACHELOR OF TECHNICS AND TECHNOLOGY – BIOTECHNOLOGY, KazNARU
- Program ini diakreditasi oleh Accreditation, Certification, and Quality Assurance Institute (ACQUIN), Jerman
- Program akademik pendidikan tinggi di Universiti Awam Kazakhstan adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dibawah persetujuan perjanjian bersama kedua-dua negara pada tahun 2012.
- Ditempatkan dalam QS Ranking: #641 – 650.
KELEBIHAN PROGRAM
- Mendapat 2 skrol ijazah daripada UMPSA dan KazNARU.
- Merupakan program dual ijazah sarjana muda pertama dijalankan antara Institusi Awam di Malaysia dan Institusi Awam di Kazakhstan.
- Pelajar hanya perlu mengikuti pengajian di KazNARU untuk tempoh 1 tahun, dan selebihnya menjalani pengajian selama 3 tahun di UMPSA.
- Pelajar berpeluang menjalani gaya pendidikan yang berbeza.
- Berpeluang menyelami pengalaman, persekitaran dan budaya baharu yang berbeza dengan Malaysia.
- Meningkatkan prospek kerjaya.
- Indeks kebolehpasaran graduan melebihi 95% untuk tiga tahun berturut-turut bagi program Bioteknologi Industri UMPSA, dengan 80% graduan bekerja di syarikat multinasional (MNC).
- Latihan industri selama 6 bulan pada semester terakhir pengajian bagi memperoleh kemahiran sebelum memasuki pasaran pekerjaan.
- Structured Early Industrial Exposure Program (SEIEP) ditawarkan pada cuti semester untuk memberi pengalaman bekerja di persekitaran industri sebenar bagi pelajar yang berminat.