FIST UMPSA

News & Events

BBQ programme at Pantai Sepat, Kuantan

On Thursday, February 29, 2024, a barbecue program was successfully held at Pantai Sepat, Kuantan, with the attendance of FIST postgraduate students and staff. This marked the first-ever program of its kind. The program aimed to foster interaction and idea exchange between staff and 40 postgraduate students, while providing an opportunity to take a break from the busy research routine. In addition to grilled meat, participants contributed food for a potluck-style gathering, offering a diverse array of dishes. The atmosphere was filled with excitement as participants engaged in several games, including beach bowling and a thrilling lucky draw. Some students even participated in a karaoke session, singing a few songs to add to the lively atmosphere of the event.

Reported by Dr Aini Norhidayah binti Mohamed

Lawatan dari Fakultas Matematika, Ilmu Pengetahuan Alam (MIPA) dan Kesehatan, Universitas Muhammadiyyah Riau

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima kunjungan dari Fakultas Matematika, Ilmu Pengetahuan Alam dan Kesehatan, Universitas Muhammadiyyah Riau (UMRI) pada hari Khamis, 7 Mac 2024. Kunjungan ini dihadiri oleh delegasi UMRI yang terdiri daripada Timbalan Rektor III, Dr. Jufrizal Syahri, Dekan Fakultas MIPA dan Kesehatan, Dr. Prasetya, berserta enam orang pensyarah dan tiga pelajar. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang akademik dan penyelidikan. Perbincangan tersebut merangkumi kerjasama dalam program Student Mobility/Student Exchange, Global Classroom, International Matching Grant, dan beberapa inisiatif lain. Dekan FSTI, timbalan-timbalan dekan, serta para pensyarah dari program BSK dan BSP turut serta dalam perbincangan tersebut. Setelah itu, delegasi UMRI dibawa melawat ke Makmal Berpusat, Makmal Pengajaran, Makmal Siswazah, dan Pusat Penyelidikan Bioaromatik.

 

Dilaporkan oleh,

Dr. Mohd Fadhlizil Fasihi bin Mohd Aluwi

Kursus Kompetensi Koordinator OSH bagi pelajar FSTI

Seramai 20 pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri dari pelbagai program telah mengikuti kursus kompetensi OSH Coordinator selama 3 hari bermula 13 sehingga 15 Februari 2024 bertempat di Blok W, UMPSA, Gambang.

Kursus ini berperanan untuk memberikan pendedahan yang lebih mengenai bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di samping pelajar berpeluang mendapat sijil yang diperakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Hopedwell Training Academy dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihatan Akademik & Kemahiran Insaniah Fakulti. Jurulatih bagi kursus ini adalah Kapten Ibrahim bin Hamid iaitu seorang jurulatih yang kompeten dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mendapat maklum balas yang positif dari pelajar-pelajar. Program seumpama ini perlu diteruskan dan dipelbagaikan lagi dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan daya saing di kalangan pelajar serta membina kemahiran insaniah sebelum pelajar melangkah ke dunia pekerjaan.

 

Ditulis oleh ChM. Dr. Siti Umairah Mokhtar (Penyelaras JK Penasihatan Akademik & Kemahiran Insaniah)

Program Bicara Alumni

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi Industri (SCITEXS), Universiti Malaysia Pahang telah menjalankan Program Bicara Alumni yang diadakan secara langsung menerusi Facebok rasmi SCITEXS .
Lebih 200 orang peserta mendaftar program ini sewaktu siaran langsung dijalankan. Antara fokus utama program ini adalah bagi alumni memberikan pendedahan dan informasi berkaitan mahasiswa holistik.
Program ini dijalankan bagi membuka peluang pendekatan dan pengetahuan kepada pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dengan membekalkan beberapa informasi mengenai pengurusan
masa dan kewangan yang efektif serta persediaan ke arah persediaan memasuki alam pekerjaan. Selain itu, memberi pendedahan\berkaitan Latihan Industri serta program ini juga dapat dijadikan sebagai aktiviti promosi, untuk menarik pelajar lepasan sekolah dan matrikulasi untuk menjadikan FSTI sebagai fakulti pilihan untuk program pengajian di universiti.

 

 

Discussion and Industrial Training assessment with Aropak Sdn Bhd,

Discussion and Industrial Training assessment with Aropak Sdn Bhd,

We participated in a productive online discussion with Aropak Sdn Bhd, where the performance of student Nurul Nabihah during her industrial training at Aropak was evaluated. Accompanied by industry supervisor Mr. Mujawiddin, the session was concluded with the presentation of the MSc Chemical Analytics (Mixed Mode) and MSc Occupational Safety and Health (Coursework) programs, showcasing exciting collaborations for academic and industrial excellence!

Discussion with Mr. Luqman Hakim from Palmaju Edible Oil Sdn Bhd (alumnus of BAppSc Material Technology with Honours).

A morning chat with Mr. Luqman Hakim from Palmaju Edible Oil Sdn Bhd (alumnus of BAppSc Material Technology with Honours). The discussion revolves around the development of FIST students, research collaboration, promotion of the MSc Chemical Analytics (Mixed Mode) and MSc OSH (coursework) programs. May collaboration be established for the benefit of both sides.

 

A discussion with Ms. Rasyidah Rohani, Quality Assurance Executive at Scientex Packaging Malaysia Berhad

A discussion with Ms. Rasyidah Rohani, Quality Assurance Executive at Scientex Packaging Malaysia Berhad. She is an alumna of the inaugural batch of the BAppSc Material Technology with Honours program. Ms. Rasyidah will be sharing various insightful tips to guide students in preparing themselves for the industrial market through upcoming TikTok videos. Let's look forward to it together!

Kembara Prihatin @ Tuaran, Sabah.

Temui Saudari Nurfatin Nabilah Binti Abdul Hafidz (Pelajar Tahun 4 BAppSc Material Technology with Honours) dan Fatin Najihah Binti Mislin (Pelajar Tahun 4 Bac. OSH with Honours) di Kampung Kiwatu @ Roun dan Batangan pada 27 Februari hingga 3 Mac 2024 dalam misi Kembara Prihatin @ Tuaran, Sabah.

Mereka akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar mahasiswa FSTI, UMPSA kepada anak-anak di Sabah di dalam satu slot khas.

Promosi program pengajian di Kolej Matrikulasi Pahang

Terima kasih warga KMPh di atas sambutan yang amat baik! Sampai berjumpa lagi di masa akan datang.

Jemput bertanya jika ada soalan di mana-mana topik yang berkaitan

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang