4 Januari 2025 | Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Program Kecerdasan Emosi Bersama 221 Pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Program di bawah geran Khidmat Komuniti Sosial anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, sifat asertif, dan jati diri pelajar sebagai persediaan bagi meningkatkan kecerdasan emosi pelajar sebelum ke alam universiti. Program ini telah diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada 14 Disember 2024 (Siri 1) dan 4 Januari 2025 (Siri 2), melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dari jurusan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, dan Asas Kejuruteraan.
Aktiviti utama merangkumi ceramah, latihan berkumpulan, dan simulasi komunikasi berkesan. Selain itu, sesi perkongsian berkenaan minat dan kerjaya serta teknik pengurusan stress dan motivasi diri turut diselitkan di dalam program ini. Program ini telah diketuai oleh Ts Dr. Siti Noor Hidayah Mustapha dengan sokongan dua pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), seorang pensyarah dari Pusat Sains Kemanusiaan, dan seorang pegawai psikologi UMPSA. Seramai 36 pelajar UMPSA di bawah subjek Introduction to Human Behavior (UHE3032) turut hadir mengaplikasikan pembelajaran mereka di dalam kelas sekaligus menjayakan program yang berimpak tinggi ini bagi menyokong pembangunan sahsiah holistik dalam kalangan peserta.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#jommasukfistumpsa
#fistumpsagemilang
#umpsa
Industrial Visit 2024: Exploring Cryogenic Technology at Cryocord, Cyberjaya
On 6 December 2024, an industrial visit to Cryocord, Cyberjaya, was successfully organized as part of the BSB3163 Plant and Mammalian Cell Technology course. The visit involved 50 students accompanied by Dr. Nor Adila Binti Mhd Omar (course lecturer) and Ts. Dr. Lee Chin Mei.
The visit provided students with valuable exposure to cryogenic technology and stem cell storage applications in medical biotechnology. Cryocord, a leading company in this field, showcased advanced laboratory facilities and cryogenic storage technologies used in modern healthcare. Students also had the opportunity to interact with industry experts, gaining insights into the challenges and career prospects in the biotechnology sector.
This program effectively bridged the gap between theoretical knowledge and real-world applications, enhancing students' understanding of concepts learned in the classroom. It also aligned with Sustainable Development Goal (SDG 4), which emphasizes quality education through practical and relevant learning experiences.
By participating in this visit, students were inspired to further pursue innovation and advancements in biotechnology, equipping them to face future challenges in the industry.
Written by:
Hanshine A/P Chandrasekaran (Edited by: Dr. Nor Adila Mhd Omar)
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#umpsa
#jommasukfistumpsa
19 Disember 2024 | Makmal Berpusat UMPSA
Pada hari ini satu lawatan telah diadakan untuk para pelajar Diploma Sains Industri yang mengambil kursus Microbiology DRS2343. Salah satu dari tajuk dalam kursus ini ialah Akreditasi untuk Ujian Mikrobiologi. Memandangkan Makmal Berpusat memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17025 untuk Makmal Mikrobiologi, lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai akreditasi makmal tersebut. Lawatan yang disertai oleh 32 orang pelajar ini bermula dengan taklimat dari Pegawai Kanan Sains, En Fadlullah bin Rahman, mengenai Makmal Berpusat. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Makmal Mikrobiologi. Para pelajar diberikan pendedahan mengenai penyediaan media, proses kultur bakteria, dan ujian-ujian yang dijalankan di makmal tersebut yang diberikan akreditasi ISO. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar di kaunter Makmal Berpusat sebelum para pelajar bersurai.
Penyelaras kursus Microbiology, DRS2343
Dr Ahmad Mahfuz Gazali
5 Disember 2024 | Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang
ππππππ ππππππππ ππππ ππππ
ππππ ππππππ πππππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππππ ππππ πππππππ πππ ππππππ πππππππππππ ππππππ ππππππ
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui penyelarasan Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI) bertempat di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.
Majlis Syarahan Umum Profesor hari ini menampilkan Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim yang menyampaikan syarahan yang bertajuk βTeknologi Pemangkinan: Pemudahcara Sektor Industri Kini Dan Masa Hadapanβ dan Prof. ChM. Dr. Chong Kwok Feng dengan syarahan yang bertajuk βSistem Penyimpanan Tenaga Mampan: Superkapasitorβ.
Menurut Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli, Majlis Syarahan Umum Profesor ini adalah satu platform yang amat bermakna dalam institusi akademik.
"Ia bukan sahaja memberikan peluang untuk para akademik dan masyarakat mendengar kupasan ilmu yang bernilai tinggi, tetapi juga menjadi lambang kepada keunggulan bidang keilmuan dan penyelidikan yang diterajui oleh para profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA", katanya.
Menurutnya lagi, Majlis Syarahan Umum Profesor hari ini menampilkan Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab. Rahim yang merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang cemerlang dalam bidang Pemangkin dan Tindak Balas Kimia, serta Pembangunan dan Formulasi Bahan Termaju dan Bahan Kimia.
"Kepakaran dan kecemerlangan beliau diiktiraf di peringkat global apabila disenaraikan dalam kalangan 2% Saintis Terbaik di Dunia berdasarkan laporan Universiti Stanford melalui pangkalan data Elsevier/Scopus".
"Beliau juga telah mencatatkan pencapaian luar biasa dengan menerbitkan salah satu jurnal paling berprestij dan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia. Selain itu, Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi telah berjaya memperoleh geran penyelidikan yang dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah", katanya.
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli turut memperkenalkan Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng yang merupakan seorang ahli akademik dan penyelidik yang tersohor dalam bidang Elektrokimia.
"Beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 artikel penyelidikan dalam pangkalan data Web of Science dengan jumlah sitasi melebihi 5,000, mencerminkan impak besar penyelidikannya di peringkat global.
"Selain penglibatannya dalam penyelidikan, Profesor ChM. Dr. Chong Kwok Feng aktif dalam menyumbang kepada badan profesional, khususnya Institut Kimia Malaysia (IKM). Beliau merupakan salah seorang pengasas IKM Cawangan Pahang pada tahun 2019, menunjukkan dedikasi beliau dalam memperkasa bidang kimia di peringkat tempatan.
"Di peringkat antarabangsa, Profesor ChM. Dr. Chong telah diundi sebagai Anggota Bersekutu dalam Bahagian I IUPAC (Kimia Fizikal dan Biokimia) untuk tempoh 2022 hingga 2025, suatu pencapaian yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai seorang saintis yang disegani", ujarnya.
Majlis menyaksikan Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Aida bin Mustapha melancarkan gimik perasmian buku βTeknologi Pemangkinan: Pemudahcara Sektor Industri Kini Dan Masa Hadapanβ oleh Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Bin Ab. Rahim dan buku βSistem Penyimpanan Tenaga Mampan: Superkapasitorβ oleh Prof. ChM. Dr. Chong Kwok Feng.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Ir Ts Dato Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts Dr Mohamad Rusllim Mohamed, Penyelaras DUN Lepar mewakili Ahli Parlimen Paya Besar, Encikβ―Muhammad Mustaqimβ―Binβ―Zakaria, Pengerusi Institut Kimia Pahang, Profesor Madya. ChM Dr Awis Sukarni Bin Mohmad Sabere, barisan dekan fakulti, ketua-ketua jabatan dan pengarah.
Hampir 350 orang menghadiri majlis syarahan umum pada hari ini terdiri dari warga universiti dan juga jemputan luar antaranya pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, pelajar dari Akademi Menara Gading dari dua buah sekolah iaitu SMK Gambang dan SMK Padang Garuda, Kolej Poly-Tech Mara Kuantan, Kolej Matrikulasi Pahang serta wakil-wakil industri.
#umpsasharing
#UMPSAMalaysia
#fistumpsa
#UMPSA
#jommasukfistumpsa
βBeginner Course for Disability Managementβ Untuk Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri
Pada 25 dan 26 November 2024, seramai 50 pelajar dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah menyertai βBeginner Course for Disability Managementβ anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO) dan pelajar tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS).
Program ini merupakan satu initisatif dari Cawangan Return to Work (RTW), Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan (ES), Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PEKESO yang ditujukan khas kepada bakal graduan dari pelbagai bidang terutamanya yang sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, fisioterapi, terapi cara kerja, psikologi, kaunseling, sumber manusia, kerja sosial serta yang berkaitan dengan pengurusan hilang upaya. Sebagai salah satu daripada universiti yang menawarkan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dipilih oleh PERKESO sebagai salah satu penerima inisitatif ini.
Matlamat program ini adalah untuk mengembangkan bidang pengurusan hilang upaya di Malaysia. Beginner Course for Disability Management ini juga bersesuaian untuk diaplikasikan dalam program pembelajaran bagi pelajar di Universiti Awam dan Swasta sebagai nilai tambah (upskilling) berserta persijilan khas daripada industri (PERKESO) yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan di masa hadapan. Keseluruhannya, program ini memberi pendedahan komprehensif kepada pelajar mengenai konsep asas pengurusan hilang upaya, selain membekalkan mereka dengan pengetahuan praktikal yang selaras dengan keperluan industri. Kejayaan program ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan kerjaya graduan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta bidang berkaitan lain di masa hadapan.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
SESI SANTAI PENSYARAH BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA DARI LIBYA YANG MENGIKUTI PROGRAM SARJANA SAINS ANALITIK KIMIA DI FSTI
21 November 2024 | UMPSA Kampus Gambang
Suasana penuh mesra dan santai dapat dirasai di Blok A1, FSTI apabila dua orang pelajar antarabangsa dari Libya yang menyertai sesi santai bersama pensyarah universiti di FSTI. Sesi ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dari pelbagai latar belakang. Salah seorang pelajar Libya bernama Sasi Ramadan, menyatakan rasa terharu dengan penganjuran sesi tersebut. βSesi ini membuat kami rasa seperti satu keluarga.β Sesi ini juga ada diselitkan dengan perbincangan dan sesi soal jawab secara santai bersama pensyarah yang mengajar. Dengan sambutan hangat dan maklum balas positif, sesi ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk membina hubungan lebih erat dalam komuniti kampus yang semakin bersifat global.
Diterbitkan oleh:
Ketua Program (Pengembangan Ilmu dan Sarjana), Dr. Nurlin Abu Samah