Aktiviti Santai Eratkan Hubungan Pelajar Di Bawah Bimbingan Akademik ChM Dr Wan Norfazilah Wan Ismail
Aktiviti Santai Eratkan Hubungan Pelajar Di Bawah Bimbingan Akademik ChM Dr Wan Norfazilah Wan Ismail
12 Januari 2025 - ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail telah menganjurkan program Advisor-Advisee Gathering yang melibatkan pelajar-pelajar di bawah bimbingan akademik beliau. Program yang berlangsung di Dewan Astaka UMPSA ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar yang selama ini tidak begitu rapat bahkan tidak saling mengenali walaupun telah lebih setahun mengikuti pengajian bersama. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi, diikuti ucapan aluan serta sesi ice-breaking untuk mencipta suasana santai dan mesra. Para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan sebelum meneruskan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti: Ball Blitz, Pipeline Challenge, Eggcellent Aim, Silent Words, Bullseye Toss, Tug of War dan Jump Squad,
Aktiviti-aktiviti ini berjaya mencipta suasana harmoni dan penuh semangat, selain meningkatkan komunikasi serta kerjasama antara pelajar. Antara aktiviti yang paling digemari oleh para pelajar ialah Silent Words dan Jump Squad, yang berjaya mencipta suasana penuh gelak tawa serta meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara peserta. Silent Words memerlukan pelajar memahami sebutan tanpa mendengar dan pergerakan anggota badan, manakala Jump Squad menguji kekuatan fizikal serta semangat berpasukan pelajar dalam kumpulan besar. Pelajar memberikan maklum balas yang sangat positif, di mana ramai yang meluahkan rasa seronok kerana berpeluang mengenali rakan dengan lebih rapat serta menikmati masa rehat daripada rutin akademik yang sibuk. Walaupun program diadakan pada hujung minggu, pelajar tetap memberikan komitmen penuh dan menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung.
Saksikan rakaman video sepanjang aktiviti ini melalui pautan YouTube berikut untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: https://youtu.be/7pkrqy41E9k
Program ini tidak akan berjaya tanpa bantuan fasilitator yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran aktiviti. Fasilitator yang terlibat adalah Nurul Hidayah Abu Bakar yang merupakan pelajar PhD di bawah seliaan ChM Dr Wan Norfazilah, manakala Nur Izzati Mohd Noor dan Nur Fatihah Abdullah merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda juga di bawah seliaan ChM Dr Wan Norfazilah.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat serta fasilitator yang bertungkus-lumus membantu menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus mengeratkan hubungan sesama pelajar dan membina semangat kerjasama yang kukuh.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa
#umpsa