BENGKEL PENULISAN GERAN INDUSTRI & ANTARABANGSA SERTA BENGKEL PERUNDINGAN DAN PENGKOMERSIALAN KLUSTER CHEMAT
Kuantan, 2 September 2025 – Kluster Chemistry for Advanced Technologies (ChemAT), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Geran Industri dan Antarabangsa serta Bengkel Perundingan dan Pengkomersialan pada 2 September 2025 di Cathayana Hotel Kuantan.
Seramai 18 orang peserta terdiri daripada ahli kluster ChemAT, pensyarah dan penyelidik FIST telah menyertai bengkel ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam penulisan geran berimpak tinggi, perundingan serta pengkomersialan hasil penyelidikan, khususnya bagi pembiayaan industri dan antarabangsa.
Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dalaman FIST, UMPSA (Prof. ChM. Dr. Saiful Nizam Bin Tajuddin, Prof. ChM. Ts. Dr. Gaanty Pragas A/L Maniam dan Prof. Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Bin Ahmad) yang telah berkongsi pengalaman mengenai strategi penulisan geran, peluang pembiayaan semasa, teknik mengenal pasti potensi produk atau perkhidmatan untuk dikomersialkan, pembangunan rangkaian industri serta pengurusan hak harta intelek.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan penyertaan warga fakulti dalam geran industri dan antarabangsa serta memperkukuh hubungan kerjasama antara universiti, industri dan agensi penyelidikan.
Prepared by:
ChM Dr Tay Joo Hui
Ketua Kluster ChemAT
11 Sept 2025