FIST UMPSA

News & Events

Bengkel Smart Classroom di Smart Classroom@FSTI

20 Januari 2025 | UMPSA Gambang

𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬𝐫𝐨𝐨𝐦 𝐝𝐢 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬𝐫𝐨𝐨𝐦@𝐅𝐒𝐓𝐈

Satu Bengkel Smart Classroom telah diadakan di Smart Classroom@FSTI pada 20 Jan 2026 dari 10 pagi hingga 1 petang. Bengkel ini diadakan oleh Taskforce Smart Classroom@FSTI dan penceramah dijemput dari Avarai Technologies Sdn Bhd. Bengkel ini disertai oleh 24 staf FSTI terdiri daripada pensyarah, staf pentadbiran dan staf teknikal fakulti. Bengkel ini juga disertai oleh 3 orang staf DiTeC.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf FSTI berkenaan alat audio visual. Selain itu, bengkel ini memberi peluang kepada staf FSTI untuk melawat studio SmartClassroom@FSTI di Taman Teknologi dan Inovasi, UMPSA Gambang.

Bengkel ini bermula dengan ucapan aluan oleh Dr Ahmad Mahfuz bin Gazali, sebagai wakil Taskforce Smart Classroom. Selepas itu, ceramah dan latihan disampaikan oleh wakil Avarai Technologies Sdn Bhd. Sesi tersebut disertai dengan latihan amali untuk menggunakan alat-alatan audio visual dan sesi soal jawab.

Bengkel ini diakhiri dengan sesi bergambar antara peserta dan penceramah sebelum para peserta bersurai pada 1 petang.

#UMPSAMalaysia

#umpsasharing

#StudyAtUMPSA

#jommasukfistumpsa

#fistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang