FIST UMPSA

News & Events

Global Classroom bagi subjek Occupational Safety and Health Management Systems (OSHMS)

15 April 2025 | Secara Dalam Talian

Global Classroom bagi subjek Occupational Safety and Health Management Systems (OSHMS)

Subjek: Occupational Safety and Health Management Systems (OSHMS)

Topik:

Pensyarah Jemputan: Septyani Prihatiningsih, S.KM., M.K.K.K (Universitas Airlangga - UNAIR)

Tarikh: 15 April 2025

Masa: 2:00 PM – 4:00 PM (Waktu Malaysia)

Platform: Google Meet

Sesi Global Classroom bagi subjek Occupational Safety and Health Management Systems (OSHMS) telah dijalankan dengan jayanya pada 15 April 2025 secara atas talian melalui platform Google Meet. Topik yang dibincangkan ialah Perspektif Global dalam Pelaksanaan OSHMS: Pembelajaran dari Pandangan Indonesia, yang disampaikan oleh pensyarah jemputan, Pn. Septyani Prihatiningsih, S.KM., M.K.K.K dari Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia.

Dalam sesi ini, beliau telah berkongsi secara mendalam tentang struktur perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Indonesia, pelaksanaan OSHMS dalam pelbagai industri, cabaran yang dihadapi, serta amalan terbaik termasuk pelaksanaan ISO 45001 dan inisiatif budaya keselamatan.

Sesi ini memberi peluang besar kepada pelajar Occupational Safety and Health (OSH) UMPSA untuk menimba ilmu dan memahami pendekatan pelaksanaan OSHMS dalam konteks global. Melalui perbandingan antara amalan Malaysia dan Indonesia, para pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam sistem tempatan. Perbincangan interaktif ini turut memberi pendedahan kepada kepelbagaian strategi pengurusan risiko, peranan kepimpinan, dan kepentingan penglibatan pekerja dalam membentuk persekitaran kerja yang selamat.

Secara keseluruhannya, sesi ini bukan sahaja memperluas horizon pemikiran pelajar dalam aspek pengurusan keselamatan antarabangsa, tetapi turut meningkatkan kefahaman mereka terhadap kepentingan penyesuaian sistem OSHMS mengikut keperluan dan budaya organisasi.

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#fistumpsagemilang

#fistumpsa

#jommasukfistumpsa

#UMPSA

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang