INTERNSHIP TALK 2025: ALUMNI OSH BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA PELAJAR
7 Mac 2025 | UMPSA Kampus Gambang
Ahli Jawatankuasa Hubungan Industri Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) telah menganjurkan Internship Talk secara dalam talian melalui Google Meet pada 7 Mac 2025. Program ini menampilkan dua alumni, Puan Nur Farah Ainul Binti Mohammad Poad (Senior EHS Specialist, Benchmark Electronics Sdn. Bhd.) dan En. Muhammad Asmi Syamim Bin Ahmad Sukri (Senior EHS Engineer, Sustio Sdn. Bhd.), yang berkongsi pengalaman mereka mengenai latihan industri serta perjalanan kerjaya dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sepanjang sesi, para panel memberikan panduan kepada pelajar mengenai persiapan latihan industri, kemahiran yang diperlukan oleh majikan, serta cabaran dalam dunia pekerjaan. Sesi ini mendapat sambutan baik daripada pelajar yang berpeluang mengajukan soalan secara langsung.