KOLOKIUM PROJEK PENYELIDIKAN AKHIR TAHUN 2024 FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI INDUSTRI, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH
Kolokium projek penyelidikan akhir merupakan acara tahunan dan syarat kokurikulum yang di anjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah adalah untuk para pelajar pascasiswazah tahun akhir fakulti FSTI. Melalui kolokium ini, para pelajar tahun akhir akan membentangkan hasil kajian dan projek penyelidikan yang telah mereka jalankan. Bagi tahun 2024, sebanyak tiga (3) Kolokium yang telah diadakan menerusi platform online iaitu melalui Microsoft Teams. Seramai enam (6) orang pelajar tahun akhir dari tiga (3) bidang yang berbeza iaitu, Green Technology, Drug Discovery & Diagnostics & Advanced Materials telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing menerusi kolokium tersebut. Tujuan Kolokium ini diadalah untuk menghimpunkan dan sebagai platfom sesi perkongsian ilmu di antara para penyelidik dan pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan akademik. Ia juga diharapkan dapat mewujudkan peluang untuk menyumbang kepada penemuan saintifik dan penghasilan produk inovasi baharu dalam menjana kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, tujuan lain adalah untuk meningkatkan keterampilan berbicara. Melalui proses kolokium ini, para pelajar dapat mempertingkatkan keterampilan berbicara di depan umum dan juga meningkatkan kemampuan komunikasi mereka. Selain itu, ia dapat memberi inspirasi dan memotivasikan pelajar lain untuk mengeksplorasi minat akademik mereka lebih lanjut. Oleh yang demikan, ia akan meningkatkan jaringan sesama pelajar dan staf akademik yang dapat bagi pengembangan karier pada masa hadapan.
Disediakan oleh: Shahidatul Ramli |