KURSUS KAD HIJAU CIDB UNTUK PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DENGAN KEPUJIAN DARI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
KURSUS KAD HIJAU CIDB UNTUK PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DENGAN KEPUJIAN DARI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
Pada 10 November 2024, seramai 40 orang pelajar Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian telah menyertai Kursus Kad Hijau CIDB yang dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pemahaman mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan. Kursus Kad Hijau CIDB ini dianjurkan selaras dengan keperluan keperluan Akta 520 di mana pelajar yang menghadiri kursus ini akan memperoleh Kad Hijau CIDB yang dikeluarkan oleh CIDB. Kad ini diperlukan untuk mendapat akses ke tapak pembinaan dan menjadi syarat penting bagi majikan dalam memastikan pekerja mereka dilatih dengan baik mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Kursus ini berlangsung selama 6 jam dari jam 10 pagi hingga 4 petang bertempat di bilik kuliah W-DK-15. Kursus ini dimulakan dengan sesi perkenalan serta latar belakang oleh tenaga pengajar iaitu Encik Zairol Hafiz Bin Zaidi. Encik Zairol Hafiz turut menerangkan kepentingan kad hijau dalam memastikan standard keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.
Sesi pagi diteruskan dengan latihan praktikal di mana para pelajar diberikan penerangan serta peluang bagi mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui simulasi keadaan sebenar di tapak pembinaan. Terdapat 5 modul yang dipelajari oleh pelajar, 3 modul pada sesi pagi dan 2 modul pada sesi petang. Pelajar berpeluang menonton beberapa rakaman video yang ditayangkan oleh tenaga pengajar, bertujuan mendedahkan pelajar pada realiti sebenar bekerja di tapak pembinaan.
Kursus ini diakhiri pada jam 4 petang dengan sesi bergambar bersama tenaga pengajar. Semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut diberikan sijil digital. Pengalaman ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada para pelajar dalam usaha memperkukuhkan lagi pengetahuan dan kesedaran mereka tentang aspek keselamatan di tempat kerja.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#UMPSA
#jommasukfistumpsa