Previous Next

Kursus Kompetensi Koordinator OSH bagi pelajar FSTI

Seramai 20 pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri dari pelbagai program telah mengikuti kursus kompetensi OSH Coordinator selama 3 hari bermula 13 sehingga 15 Februari 2024 bertempat di Blok W, UMPSA, Gambang.

Kursus ini berperanan untuk memberikan pendedahan yang lebih mengenai bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di samping pelajar berpeluang mendapat sijil yang diperakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Hopedwell Training Academy dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihatan Akademik & Kemahiran Insaniah Fakulti. Jurulatih bagi kursus ini adalah Kapten Ibrahim bin Hamid iaitu seorang jurulatih yang kompeten dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mendapat maklum balas yang positif dari pelajar-pelajar. Program seumpama ini perlu diteruskan dan dipelbagaikan lagi dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan daya saing di kalangan pelajar serta membina kemahiran insaniah sebelum pelajar melangkah ke dunia pekerjaan.

 

Ditulis oleh ChM. Dr. Siti Umairah Mokhtar (Penyelaras JK Penasihatan Akademik & Kemahiran Insaniah)


Print   Email