Lawatan Industri Kursus BSP4523 Recycle Technology ke Gading Senggara Sdn Bhd
15 Disember 2025 | Lawatan Industri FIST
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐁𝐒𝐏𝟒𝟓𝟐𝟑 𝐑𝐞𝐜𝐲𝐜𝐥𝐞 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐤𝐞 𝐆𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝
Seramai 21 orang pelajar dan 2 orang pensyarah telah menyertai lawatan industri di tapak pelupusan sampah Jerangau-Jabor bawah seliaan Gading Senggara Sdn Bhd. Pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan pelupusan dan operasi kitar semula sisa domestik di daerah Kuantan. Pelajar juga dapat mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari dengan melihat sendiri proses pelupusan dan teknologi yang digunakan.
Pelajar juga telah diberikan tugasan berkaitan bagi melayakkan mereka mendapat sijil pengiktirafan. Diharapkan semua pelajar memanfaatkan pengalaman ini dan dapat menyumbangkan idea dalam penambahbaikan teknologi kitar semula bahan sisa domestik di Malaysia.
