Lawatan Penandaarasan Program Studi Keselamatan dan Kesehatan Kerja, Universitas Darussalam Gontor ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA
Lawatan Penandaarasan Program Studi Keselamatan dan Kesehatan Kerja, Universitas Darussalam Gontor ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Pada 05 November 2024, delegasi dari Program Studi Keselamatan dan Kesehatan Kerja, Universitas Darussalam Gontor (UNIDA Gontor) telah melakukan lawatan penandaarasan ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Delegasi UNIDA Gontor terdiri daripada Dr. Sisca Mayang Phuspa (Wakil Dekan Bidang Kemahasiswaan, Alumni dan Kerja Sama), Ibu Dian Afif Arifah (Koordinator Mutu Pendidikan), dan Ibu Siti Ma’rifah (Sekretaris Departemen K3). Lawatan ini turut juga disertai oleh 10 orang pelajar Program Studi Keselamatan dan Kesehatan Kerja, Universitas Darussalam Gontor (UNIDA Gontor).
Mesyuarat dimulakan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang universiti dan fakulti oleh Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, diikuti oleh pengenalan kepada Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian oleh Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program. Sesi diteruskan dengan pengenalan kepada program di UNIDA Gontor diikuti oleh perbincangan utama yang menumpukan kepada struktur program, proses penilaian program, dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara kedua-dua institusi. Sesi penandaarasan disambung dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian pada pukul 12 tengah hari.
Sesi petang lawatan diteruskan dengan lawatan ke Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Az-Zahra, Balok pada pukul 2.45 petang. Lawatan ini adalah inisiatif UNIDA Gontor bersama UMPSA untuk peluang kajian berkaiatan KKP dengan Pusat Pengajian Tahfiz Ribat az-Zahra yang terletak di Balok, Pahang. Delegasi dibawa melawat kemudahan yang terdapat di pusat pengajian ini, termasuk bilik kelas, dan pusat pembelajaran al-Quran. Mereka bersetuju untuk meneruskan perbincangan dan mencari peluang untuk menjalinkan kerjasama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam pendidikan tahfiz. Lawatan bersurai pada 4.45 petang.