Makan malam meraikan pelajar mobiliti dari Kazakhstan, Mukashova Yeldana
Makan malam meraikan pelajar mobiliti dari Kazakhstan, Mukashova Yeldana
13 Januari 2025 | TCSO Kuantan
Pada 13 Januari 2025, satu acara makan malam telah diadakan di TCSO, Kuantan, bagi meraikan pelajar antarabangsa, Mukashova Yeldana dari Kazakhstan. Acara yang berlangsung dari jam 7:30 hingga 9:30 malam ini turut dihadiri oleh staf pentadbiran, Puan Nor Asyikin Basharuddin dan lebih kurang 20 orang rakan-rakan pelajar. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas dedikasinya sepanjang tempoh pengajian di Malaysia.
Mukashova Yeldana, yang kini sedang mengikuti program mobiliti di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA selama satu semester (Semester 1 2024/2025) telah mengikuti beberapa kursus termasuklah BSB3503 Biomanufacturing dan BSB3563 Bioremediation dibawah seliaan Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri. Dia merupakan pelajar di Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), sebuah universiti penyelidikan utama yang terletak di Almaty, Kazakhstan. Yeldana akan kembali ke Kazakstan pada Februari 2025.
Acara ini juga diwarnai dengan suasana santai dan mesra, di mana para tetamu berpeluang untuk berbual-bual dengan Yeldana sambil menikmati hidangan makan malam. Terdahulu pada semester 2 2023/2024, majlis yang serupa dianjurkan untuk meraikan dua pelajar dual degree UMPSA-KazNARU iaitu Akshimbayev Daniil dan Serikova Zhaniya yang juga turut mengikuti kedua-dua kursus ini.
Diucapkan semoga Yeldana terus maju jaya untuk masa hadapan.