Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Fakulti Sains dan Teknologi Industri (SCITEX) TAHUN 2024
11 November 2024 | Dewan Bankuet Canceleri | 8.00 malam
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Fakulti Sains dan Teknologi Industri (SCITEX) TAHUN 2024
Satu Mesyuarat Agung Tahunan SCITEX atau Annual Grand Meeting (AGM SCITEX) telah diadakan pada hari ini. AGM ini telah berlangsung dengan kehadiran penasihat persatuan yang baharu dan lama, barisan exco dan rakan exco SCITEX sidang 2023/2024 dan juga kehadiran bakal exco dan rakan exco SCITEX sidang 2024/2025.
Majlis telah bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu rasmi Pahang dan Lagu UMPSA. Seterusnya pembentangan dan pengesahan minit AGM sidang 2023/2024 oleh Setiausaha SCITEX 2023/2024 diikuti pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan. Majlis diteruskan lagi dengan sesi ucapan daripada Presiden SCITEX Sidang 2023/2024 diikuti pengunduran AJK SCITEX sidang 2023/2024. Presiden SCITEX bersama timbalan presiden SCITEX Sidang 2023/2024 telah menyerahkan sijil pelantikan dan sijil penghargaan kepada semua AJK, Exco dan Rakan Exco yang telah berkhidmat pada sidang 2023/2024.
Seterusnya, pelantikan rakan Exco, Exco dan Majlis Tertinggi SCITEX telah diadakan dalam pemilihan Majlis Tertinggi bersama penasihat pada sidang 2023/2024 setelah melalui saringan sesi temuduga sebelum ini. Senarai rakan exco, exco dan majlis tertinggi telah dimaklumkan oleh bekas Presiden SCITEX 2023/2024. Disamping itu, penasihat baru bagi SCITEX turut dimeterai pada hari ini dengan pengunduran penasihat lama, Dr. Nazikussabah binti Nazarudin serta lantikan baru iaitu Ts. Dr. Nurul 'Azyyati binti Sabri dan Dr. Aishah binti Mohd Marsin. Semoga dengan pelantikan penasihat yang baru, persatuan SCITEX akan lebih berdaya maju dan aktif dalam akademik dan kokurikulum.
#umpsamalaysia
#umpsasharing
#fistumpsa
#UMPSA
#jommasukFISTUMPSA