FIST UMPSA

View by Category

Industry Co-Lecture DRO1313/DRO1343 Perkukuh Kefahaman Pelajar dalam Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

13 Jun 2026 | UMPSA Gambang

Satu sesi Industry Co-Lecture bertajuk “See It Before It Strikes: The Power of Proactive Hazard Identification” telah diadakan secara dalam talian melalui Google Meet melibatkan seramai 85 orang pelajar kursus DRO1313/DRO1343: OSH Risk Management.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi memperkukuh pemahaman pelajar terhadap amalan pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar industri.

Sesi tersebut telah disampaikan oleh En. Megat Ahmad Huznee bin Hashim, Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) berdaftar dari Sunway Group Berhad (Property). Beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan kepentingan pengenalpastian bahaya secara proaktif sebagai langkah utama dalam mencegah kemalangan dan insiden di tempat kerja.

Antara topik yang diketengahkan termasuk kaedah mengenal pasti bahaya, pelaksanaan Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) yang berkesan, serta cabaran sebenar yang dihadapi dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dengan menghubungkan teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah dengan aplikasi sebenar di industri. Sesi soal jawab yang berlangsung turut mendapat penyertaan aktif daripada pelajar, sekali gus meningkatkan kefahaman mereka mengenai kepentingan budaya keselamatan serta amalan pengurusan risiko yang sistematik dalam sesebuah organisasi.

Penganjuran program seperti ini selaras dengan usaha Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) untuk melahirkan graduan yang kompeten, berpengetahuan serta bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang