FIST UMPSA

View by Category

Lawatan Industri kee Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan: Pendedahan Praktikal Dalam Keselamatan Dan Sekuriti Penerbangan

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐔𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍.
 
3 Januari 2025 - Seramai 35 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains Teknologi dan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah menyertai lawatan industri ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Lawatan ini, disertai bersama dua pensyarah pengiring, Pn Nurfazhilah binti Abdul Razak dan Dr. Norwahida Yaakub. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada pelajar tentang elemen keselamatan dan operasi dalam industri penerbangan, sambil menekankan kepentingan keselamatan penerbangan sebagai tulang belakang kepada keberkesanan dan kelangsungan industri ini. Program ini turut dijayakan dengan kehadiran Ketua Unit Sekuriti & Keselamatan (AVSEC) Cawangan Kuantan, Tn Inps Zamri Bin Ab Latif dan Pegawai Operasi Penerbangan, En Muhammad Adhwa Firdaus bin Mat Nawi.
 
Sepanjang lawatan, pelajar diterangkan tentang peranan utama keselamatan penerbangan dalam melindungi penumpang, kru, dan pekerja lapangan terbang daripada pelbagai potensi risiko. Melalui lawatan ke kawasan terminal, ramp, dan apron, pelajar mempelajari protokol ketat seperti pengendalian bahan berbahaya, pemeriksaan keselamatan pesawat, dan pemantauan akses kawasan terhad. Staf Malaysia Airports cawangan Kuantan turut berkongsi bagaimana mereka mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, termasuk pengurusan keadaan kecemasan seperti kebakaran, insiden teknikal, dan ancaman keselamatan lain. Pelajar juga didedahkan kepada penggunaan teknologi seperti sistem pengawasan lapangan terbang dan peranan mereka dalam mengurangkan kesilapan manusia.
 
Lawatan ini memberi kefahaman kepada pelajar bahawa keselamatan penerbangan bukan hanya berkaitan dengan operasi teknikal, tetapi juga melibatkan pengurusan risiko secara holistik. Elemen-elemen ini melibatkan latihan pekerja, budaya keselamatan, serta kerjasama antara agensi seperti pihak keselamatan lapangan terbang, pengendali penerbangan, dan pihak berkuasa. Pendedahan ini tidak hanya membantu pelajar mengaitkan teori dengan aplikasi praktikal, tetapi juga menanamkan kesedaran akan tanggungjawab mereka sebagai bakal profesional keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk memastikan keselamatan menjadi keutamaan dalam setiap sektor industri.
 
Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang