FIST UMPSA

View by Category

Dr. Nor Husna Raih Anugerah Kecemerlangan Doktor Falsafah di APEX Awards 2026

23 November 2026 | UMPSA Paya Besar

Graduan Doktor Falsafah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Nor Husna binti Mat Hussin, telah menerima Anugerah Kecemerlangan Doktor Falsafah (Penyelidikan) bagi kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (SET) sempena Majlis Academic Postgraduate Excellence (APEX) Awards 2026.

Beliau telah menjalankan penyelidikan bertajuk “Metagenomic Profiling of Hospital Indoor and HVAC Microbiomes as a Proxy for Respiratory Health Among Healthcare Workers” di bawah penyeliaan Profesor Madya Dr. Hajar Fauzan bin Ahmad selaku penyelia utama dan Dr. Junaidah binti Zakaria selaku penyelia bersama.

Penyelidikan tersebut memberi tumpuan kepada pemprofilan metagenomik komuniti mikroorganisma dalam persekitaran dalaman hospital dan sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dalam konteks kesihatan pernafasan petugas penjagaan kesihatan.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan mahasiswa pascasiswazah berdasarkan pencapaian akademik, keupayaan menghasilkan penyelidikan berkualiti, pemikiran kritis serta penerokaan inovasi yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Paya Besar, sempena konvokesyen UMPSA.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Husna serta barisan penyelia atas pencapaian ini. Kejayaan tersebut mencerminkan komitmen FSTI dalam memupuk kecemerlangan akademik dan penyelidikan serta diharapkan menjadi inspirasi kepada mahasiswa pascasiswazah yang lain.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang