Previous Next

Penutup Projek Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia di Makmal-makmal Sekolah Daerah Jerantut di bawah Geran CDU

Pada 4 Oktober 2024, Program Penutup Projek Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia di Makmal-makmal Sekolah Daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Al-Mawardi, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut. Projek Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia ini merupakan hasil kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di bawah Geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti (CDU). Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memperkukuhkan pengurusan keselamatan bahan kimia di makmal sekolah-sekolah menengah daerah Jerantut. Hasil dapatan kaji selidik dan lawatan tapak telah dibentangkan secara rasmi kepada 2 orang pegawai dari JPN Pahang, 3 orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, serta 15 Pengetua dan wakil sekolah dari SMK seluruh Jerantut. Hasil kajian yang menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan pembantu makmal terhadap pengurusan keselamatan bahan kimia berada di tahap rendah mendorong kepada pelaksanaan sesi praktikal berasaskan modul yang dibangunkan melalui geran CDU ini pada masa akan datang.

 

Ditulis oleh:

Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar


Print   Email