Previous Next

Pertandingan Pembangunan Produk bagi kursus BSB3503 Biomanufacturing

Pertandingan Pembangunan Produk bagi kursus BSB3503 Biomanufacturing

14 dan 16 januari 2025 | UMPSA Kampus Gambang

Pada 14 dan 16 Januari 2025, pelajar kursus BSB3503 Biomanufacturing telah membentangkan produk mereka didalam Pertandingan Pembangunan Produk (Product Development Competition) yang dianjurkan oleh koordinator kursus, Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kreativiti dan inovasi pelajar dalam merancang dan membangunkan produk bioteknologi yang memenuhi keperluan pasaran serta mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk membangunkan prototaip produk yang berkaitan dengan bioteknologi. Setiap kumpulan perlu mempertimbangkan aspek teknikal, ekonomi, dan kelestarian dalam proses pembangunan produk mereka disamping menyediakan iklan bagi mempromosikan produk mereka. Para pelajar juga diberi peluang untuk membentangkan idea serta hasil kerja mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada tenaga pengajar dari FSTI. Panel juri yang hadir adalah Dr Norwahida Yaakub@Yakub, Dr Mohd Azwan Jenol dan Puan Nurul Nadiah Hamidon.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar dalam aspek pembangunan produk yang penting dalam bidang bioteknologi. Pertandingan ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dalam pembentangan dan kerjasama dalam pasukan, seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan dalam industri bioteknologi.

Untuk semester ini, Syarikat Frangi Elan dengan produk mereka Frangipani Body Scrub telah berjaya menjadi juara dan membawa pulang hamper dan trofi kemenangan. Selain daripada ini, terdapat 6 syarikat yang berentap, di antaranya Sandalwood Bliss dengan produk Sandalwood Hair Mask, Lumibar dengan produk Kaffir Lime Lotion Bar, Cytrus-E dengan produk Nail Cuticle Oil, Scentcraft Naturals dengan produk Air Freshener, Rose Mist Repellent dengan produk Rosemary Insect Repellent dan Eco Essence Co dengan produk Shaving Cream.

Aktiviti ini telah dijalankan selama 5 semester dan pelbagai produk telah dihasilkan oleh pelajar. Produk yang mempunyai potensi akan dibawa ke CITREX. Sehingga setakat ini, pelajar berjaya memperoleh 1 emas dan 2 perak. Diharapkan aktiviti seperti ini mampu mencetuskan rasa semangat keusahawanan yang berteraskan ilmu bioteknologi yang dipelajari oleh pelajar di Program Bioteknologi Industri.


Print   Email