Program Inbound Mobiliti Antarabangsa Pelajar Daripada Universitas Indonesia Dan Universitas Airlangga, Indonesia Ke Fakulti Sains Dan Teknologi Industri (FSTI) UMPSA
UMPSA Gambang, 20 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan sukacitanya menyambut lawatan daripada delegasi Universitas Indonesia (UI) dan Universitas Airlangga (UNAIR). Seramai 20 orang pelajar bersama tiga staf pengiring dari Universitas Indonesia dan Universitas Airlangga mengadakan lawatan ke Fakulti Sains dan Teknologi industri (FIST).
Program ini akan berlangsung selama tujuh hari bermula 18 sehingga 24 Ogos 2024. Objektif program ini adalah bertujuan bagi mengukuh serta meningkatkan Kerjasama strategik di peringkat antarabangsa antara kedua-dua institusi. Disamping itu, ianya memberikan peluang kepada pelajar anatarabangsa untuk mengikuti persekitaran pembelajaran dan mempelajari budaya hidup yang berbeza di UMPSA.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UMPSA dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa serta memperluaskan jaringan akademik dan penyelidikan dalam bidang OSH. Selain itu, program ini juga bertujuan memberikan pelajar antarabangsa satu pengalaman belajar yang bermakna di UMPSA di samping dapat membantu mempromosikan universiti secara tidak langsung.
Para pelajar antarabangsa bakal mengikuti program berbentuk akademik serta budaya yang menarik dan dinamik di UMPSA, di samping memberikan pengalaman baharu kepada mereka. Ianya secara tidak langsung memberikan pengalaman unik kepada pelajar antarabangsa dan seterusnya mampu membuka peluang jalinan kerjasama strategik yang lebih bermakna bersama institusi pendidikan tinggi diseluruh dunia amnya, serta Universitas Indonesia dan Universitas Airlangga, Indonesia khususnya.
Sesi pengajaran dan latihan amali higen industri turut dijalankan dalam kalangan pelajar-pelajar antarabangsa. Tambahan juga, lawatan di dua (2) buah industri, penilaian higen industri dan pembentangan hasil dapatan di industri turut disertakan dalam program ini.
Diharapkan, kerjasama ini akan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada ketiga-tiga institusi, serta memperkaya lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di rantau ini.