Program Khidmat Komuniti Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia di Makmal Sekolah
Program Khidmat Komuniti Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia di Makmal Sekolah
Program komuniti bertajuk ‘Pengurusan Keselamatan Bahan Kimia di Makmal Sekolah’ dengan tema ‘Makmal Terurus, Risiko Terkawal’ pada 30 April 2025. Program ini melibatkan pembantu makmal sekolah di SMK Felda Jengka 24, yang didedahkan kepada amalan pengurusan bahan kimia secara selamat termasuk kaedah penyusunan mengikut sifat bahan dan kaedah pengendalian inventori bahan kimia.
Aktiviti ini dikendalikan oleh empat orang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri diketuai oleh Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar dan dibantu oleh Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail, Dr. Nor Adila Mhd Omar dan Dr. Nurul Huda Abu Bakar, sebagai usaha meningkatkan kesedaran keselamatan makmal di peringkat sekolah, sekali gus menyokong aspirasi universiti dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran keselamatan makmal serta menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan tersusun. Inisiatif ini juga selaras dengan komitmen UMPSA dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pemindahan ilmu secara berterusan.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa
#UMPSA