PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) THE HANGING GARDEN (PART 2: SCIENCE BEYOND BORDERS)
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) THE HANGING GARDEN (PART 2: SCIENCE BEYOND BORDERS)
Pada 9hb November 2024 telah berlangsungnya acara projek khidmat masyarakat (PKM) CSR The Hanging Gardens Siri 2.0 dengan tajuk Science Beyond Borders bersama SJK (C) Gambang, Jalan Gambang, Kuantan. PKM CSR The Hanging Gardens Siri 1 terdahulu telah diadakan bersama sekolah ini pada bulan Mei 2024 yang lalu anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FSTI) . Seramai 22 orang yang terdiri daripada pengarah program CSR, Prof. Madya Dr. Tan Suat Hian, staf akademik, pegawai teknikal dan 6 pelajar ijazah sarjana muda daripada FSTI telah terlibat menjayakan acara yang bermula jam 7.30 pagi sehingga waktu tengahari. Seramai 67 orang pelajar terdiri daripada murid Darjah 3 sehingga Murid Darjah 6 telah menyertai program ini.
Acara telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SJK(C) Gambang, En. Sang Cze Leong, seterusnya ucapan aluan daripada Prof. Madya Dr. Tan Suat Hian, pengarah program CSR. Aktiviti seterusnya merupakan perkongsian ilmu daripada staf FSTI iaitu Dr. Nurud Suria binti Suhaimi dengan tajuk Safety Talk: Discovering Science behind Personal Protective Equipment,; Ts. Dr. Shamsul bin Zakaria dengan tajuknya Basic Artificial Intelligence; Dr. Hong Pui Khoon dengan tajuk Nutrition & Eye Health serta Dr. Nazikussabah binti Zaharudin dengan tajuknya Mushrooms Talk and Demo.
Seterunsya, semua pelajar telah menyertai 8 aktiviti menarik berkaitan Sains, termasuklah aktiviti memadam api, aktiviti pH, aktiviti teka perbezaan, solid foam, floating objects, human anatomy, looking into the cell dan time cloud. Pelajar turut diberikan pendedahan semula mengenai aktiviti hydroponik susulan aktiviti yang telah dijalankan di Siri 1 The Hanging Gardens. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#UMPSA