PROGRAM “PROFESOR TURUN PADANG 2024- STEM TALKS AND SAFETY DRILLS”
12 Oktober 2024 | SMUM Temerloh
Profesor Turun Padang - STEM Talks and Safety Drills di SMUM Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh
Program “Profesor Turun Padang - STEM Talks and Safety Drills” telah dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri & Masyarakat bersama Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Ugama Majlis (SMUM) Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh pada 12 Oktober 2024. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan memperkenalkan konsep STEM kepada 120 peserta. Program ini diketuai oleh Ts Dr Azizan Ramli dan disertai oleh 17 ahli projek dan sukarelawan, termasuk pensyarah, kakitangan OSHMO dan UMPH, serta pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi pemadaman kebakaran, latihan asas bantuan kecemasan seperti CPR, teknik menangani tercekik, serta balutan luka dan patah. Selain itu, pelajar turut menyertai permainan dam ular berinformasi dan sesi penerangan sains mengenai proses safonikasi, penapaian, serta penjanaan arus elektrik menggunakan perahan lemon. Aktiviti ini memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam situasi kecemasan dan aplikasi konsep sains dalam kehidupan. Pelajar sangat teruja dan menghargai program ini yang memberikan pendedahan berguna mengenai keselamatan dan STEM. Mereka berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk lebih banyak manfaat.