PROGRAM SULAM “ UMPSA SAFETY COUNSELORS HELPING HAND : INDUSTRIAL RISK MANAGEMENT”
Program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT) merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.
Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah penting bagi memastikan prestasi pekerja dan keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja dan majikan terhadap kesedaran pekerja dan majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa berkerja. Secara dasarnya pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri adalah komponen utama dalam segala aspek rutin pekerjaan yang telah dituntut mengikut perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 1994 (AKKP 1994). Namun begitu, masih terdapat industri yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan ilmu asas dan kesedaran pengurusan keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja.
Bagi membimbing pekerja dalam pengurusan KKP ini, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS) melaksanakan Program SULAM “ Umpsa Safety Counselors Helping Hand : Industrial Risk Management” bagi memberi pendedahan kepada pengurusan risiko ditempat kerja bersama pihak industri.
Hadir dalam program, Timbalan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Dr Mohd Fazli Farida Asras, Wakil Pengurus En Muhammad Syukri bin Shafie dan Pengarah program, Dr Afiza bin Abdullah Suhaimi. Antara yang terlibat adalah pelajar BPS dari kursus Hazard Recognition and Risk Management (BPS1143), staf dan pekerja-pekerja di Serandu Aquaponic System Sdn Bhd, Kuantan. Pelajar dan pekerja telah melaksanakan program penilaian risiko (HIRARC) seperti kenalpasti hazard, penarafan risiko dan kawalan risiko di tempat kerja dengan jayanya. Semoga kejayaan program SULAM ini dapat membantu para pekerja di Serandu Aquaponic System Sdn Bhd dalam pengurusan risiko sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Berita disediakan oleh Cik Nur Fazhilah Binti Abdul Razak, Pensyarah Program Diploma OSH FSTI.