Previous Next

Sesi Ceramah Bersama Industri bagi Kursus "Occupational Safety and Health"

Pada 20 Mei 2024, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dengan kerjasama JKK Pembangunan Pengajaran & Pembelajaran telah mengadakan sesi ceramah bersama industri bagi Kursus "Occupational Safety and Health". Kursus ini melibatkan 60 orang pelajar-pelajar Semester 2 bagi program Diploma Sains Industri, FSTI.

Sesi ceramah bersama industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri berdasarkan pengalaman penceramah jemputan; Dr. Haji Taram Satiraksa Bin Wan Abdullah dalam sesi ceramah berdurasi 2 jam ini,

Dr. Hj. Taram Satiraksa Bin Wan Abdullah merupakan seorang pakar dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai HSSE Advisor di Vestigo Petroleum Sdn. Bhd. Dalam ceramah ini, beliau telah berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan dengan OSH. Antara topik yang dibincangkan termasuk; Sejarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia, Jenis-jenis Bahaya di Tempat Kerja, Pengurusan Risiko, Investigasi Insiden dan Amalan Terbaik Pengurusan Risiko di tempat kerja.

Diharapkan sesi ceramah ini memberi manfaat kepada semua pelajar dan pengetahuan yang diperoleh akan digunakan dalam amalan harian di tempat kerja. Terima kasih kepada Dr. Hj. Taram dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Berita disediakan oleh:

Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid

Penyelaras Kursus


Print   Email