Previous Next

Sesi Co-Lecturing Bersama Industri Bagi Kursus BPS3153 Process Safety and Loss Prevention Semester II 2024/2025

17 Mac 2025 | UMPSA Kampus Gambang

Sesi Co-Lecturing Bersama Industri Bagi Kursus BPS3153 Process Safety and Loss Prevention Semester II 2024/2025

Sesi Co-Lecturing bersama Industri telah diadakan bagi Kursus BPS3153 Process Safety and Loss Prevention. Sesi bertajuk “Experience Sharing- Process Safety Implementation in Industry” telah disampaikan oleh Encik Amiruddin Bin Abu Bakar dengan pengalaman melebihi 20 tahun di sektor Oil and Gas. Beliau merupakan General Manager HSEQ & CPE di BASF Petronas Chemicals (BPC) Sdn. Bhd. dan Panel Penasihat Industri (AIP) bagi program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. 

Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz selaku pensyarah kursus dan seramai 53 orang pelajar daripada tahun 3 dan tahun 4 yang sedang mengikuti kursus ini pada Semester 2, Sesi Akademik 2024/2025. Antara pengkongsian yang disampaikan adalah kejadian kemalangan letupan diloji tempatan yang berskala besar dan pengajaran serta penambaikan dari kejadian yang berlaku. Pelajar turut didedahkan dengan praktise semasa yang dilaksanakan diindustri berkaitan Process Safety. Pelajar turut diberikan motivasi dan apakah peranan serta langkah proaktif yang perlu dilakukan r seperti aktif dalam program universiti, memiliki maklumat dan kemahiran berkaitan digital apps dan AI untuk lebih berdaya saing untuk menceburi bidang oil and gas nanti.


Print   Email