Previous Next

SESI SANTAI PENSYARAH BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA DARI LIBYA YANG MENGIKUTI PROGRAM SARJANA SAINS ANALITIK KIMIA DI FSTI

SESI SANTAI PENSYARAH BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA DARI LIBYA YANG MENGIKUTI PROGRAM SARJANA SAINS ANALITIK KIMIA DI FSTI

21 November 2024 | UMPSA Kampus Gambang

 

Suasana penuh mesra dan santai dapat dirasai di Blok A1, FSTI apabila dua orang pelajar antarabangsa dari Libya yang menyertai sesi santai bersama pensyarah universiti di FSTI. Sesi ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar dari pelbagai latar belakang. Salah seorang pelajar Libya bernama Sasi Ramadan, menyatakan rasa terharu dengan penganjuran sesi tersebut. “Sesi ini membuat kami rasa seperti satu keluarga.” Sesi ini juga ada diselitkan dengan perbincangan dan sesi soal jawab secara santai bersama pensyarah yang mengajar. Dengan sambutan hangat dan maklum balas positif, sesi ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk membina hubungan lebih erat dalam komuniti kampus yang semakin bersifat global.

Diterbitkan oleh:

Ketua Program (Pengembangan Ilmu dan Sarjana), Dr. Nurlin Abu Samah


Print   Email