Wacana Alumni FSTI 2025
Pihak Jawatankuasa Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (GE) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Tan Suat Hian dengan kerjasama enam (6) ahli taskforce daripada kalangan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah berjaya menganjurkan Program Wacana Alumni FSTI 2025. Program ini melibatkan empat program pengajian iaitu Sarjana Muda Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan-BPS), Sarjana Muda Sains (Kimia Industri-BSK), Sarjana Muda Sains (Teknologi Bahan-BSP) dan Sarjana Muda Sains (Bioteknologi Industri-BSB).
Seramai lapan (8) orang alumni daripada empat program berbeza telah dijemput sebagai panel jemputan bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan kerjaya mereka selepas tamat pengajian sehingga ke tahap semasa. Program ini telah dilaksanakan pada 22 Oktober 2025 (BPS), 6 November 2025 (BSK), 12 November 2025 (BSP) dan 13 November 2025 (BSB), merangkumi sesi wacana berasingan bagi setiap program secara atas talian. Kepelbagaian latar belakang alumni yang merangkumi jawatan sebagai Manager Safety, Health and Environment, Field Sales Executive, Perfumery Assistant, Junior Technical Operation Executive, Quality & Reliability Engineer, Senior R&D Engineer serta Senior Associate – Compliance telah memberikan perspektif yang menyeluruh kepada pelajar FSTI berkaitan peluang kerjaya dan keperluan sebenar industri.
Wacana Alumni FSTI 2025 ini bukan sahaja membuka minda pelajar terhadap realiti dunia pekerjaan, malah menjadi platform interaktif yang membolehkan pelajar berkenalan dengan alumni secara lebih dekat serta mendapatkan pandangan, nasihat dan saranan berguna berkaitan penambahbaikan pengetahuan, pembangunan kemahiran insaniah dan persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Program ini turut berfungsi sebagai platform interaktif yang membolehkan pelajar berkenalan dengan alumni secara lebih dekat serta mendapatkan pandangan, nasihat dan saranan berguna sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Secara keseluruhannya, penganjuran Wacana Alumni FSTI 2025 adalah menyokong usaha fakulti dan universiti dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendedahan awal kepada keperluan industri, perkongsian pengalaman praktikal serta pembinaan jaringan profesional dalam kalangan pelajar dan alumni.
Disediakan oleh,
Dr Wan Norlinda Roshana Mohd Nawi
