FIST UMPSA

News & Events

FSTI Sertai Pameran TVET di SMK Seri Mahkota

1 Julai 2025 | Kuantan, Pahang

FSTI Sertai Pameran TVET di SMK Seri Mahkota

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Pameran Teknologi dan Industri TVET bersempena Program Hari TVET Sekolah SMK Seri MMahkota, Kuantan. Seramai 8 orang pensyarah dan 2 pelajar pascasiswazah dari FSTI telah mengadakan pelbagai variasi pameran interaktif dan demonstrasi ringkas yang memberi penekanan kepada cabang bidang STEM bioteknologi dan kimia. Pelajar telah berpeluang melihat dengan lebih dekat serta memahami  aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian, selain mendapatkan maklumat mengenai laluan pendidikan dan prospek kerjaya dalam bidang sains. Pelajar turut diberi peluang ‘Hands-on’ bagi kesemua aktiviti yang diadakan bagi merasai sendiri pengalaman menjalankan eksperimen mudah, mengendalikan peralatan makmal, serta memahami konsep sains dan teknologi dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang teknikal dan sains, sekali gus memupuk minat mereka terhadap teknologi dan sains.

Turut diselitkan sesi promosi program akademik di FSTI terutamanya bagi program Diploma Sains dan Teknologi (DRS) dan Diploma Sains Kesihatan dan Pekerjaan (DPS). Penganjuran program ini diharap dapat memupuk minat generasi muda untuk menceburi bidang TVET, selari dengan keperluan tenaga mahir negara pada masa hadapan.

#umpsasharing #umpsaMalaysia #fistumpsa #fistumpsagemilang #jommasukfistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang