3rd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (ICIABC 2025)
26 – 27 Ogos 2025 | UMPSA, Kampus Gambang
Hari ini telah berlangsung 3rd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (ICIABC 2025) anjuran Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertemakan Sustainable Growth through Collaboration and Technological Advancement.
Majlis perasmian ICIABC 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Yatimah Binti Alias, Naib Canselor UMPSA, turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli, Dekan FSTI UMPSA. Persidangan ini diketuai oleh CHm Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail sebagai Pengarah Program bersama Dr. Azizan Ramli sebagai Penasihat.
Persidangan ini dimulai dengan pembentangan oleh Plenary Speaker, YBhg. Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq-Yap Yun Hin dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan topik “Biofuels for a Sustainable Future”. Seterusnya pembentangan keynote disampaikan oleh Prof. Dr. Saiful Nizam Tajuddin (UMPSA), Dr. Fuad Gandhi Torizal (UNISA) dan Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad (UPM). Seramai 50 orang peserta menghadiri persidangan ini yang melibatkan penyertaan antarabangsa seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Maghribi.
Program ini turut dijalankan dengan kerjasama American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter dan Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar (UNISA), Indonesia. Persidangan ini juga mendapat sokongan penaja daripada industri, termasuklah B-Crobes Marketing (M) Sdn. Bhd. sebagai Penaja Platinum dan PerkinElmer sebagai penaja Gangsa dan beberapa penaja industri lain, iaitu NextGene, ANR Synergy dan Taat Bestari Sdn. Bhd.
Melalui sesi pembentangan, diskusi dan perkongsian, peserta berpeluang mendapatkan input ilmiah terkini dalam bidang bioteknologi dan kimia, khususnya dalam memacu pertumbuhan lestari melalui kolaborasi dan kemajuan teknologi. Persidangan ini juga membuka ruang kerjasama strategik antara akademia dan industri ke arah memperkukuh jaringan penyelidikan dan inovasi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan persidangan ini. Semoga ia menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama rentas negara dalam bidang bioteknologi, kimia, dan pembangunan mampan.
#UMPSA #InternationalConference #IndustryAcademia #Biotechnology #Chemistry #SustainableGrowth #Collaboration #Innovation #umpsasharing #fistumpsa #fistumpsagemilang #jommasukfistumpsa