Lawatan Penanda Aras Program Sarjana Muda Sains Sosial dalam Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian (OHSEM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ke FSTI
Lawatan Penanda Aras Program Sarjana Muda Sains Sosial dalam Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian (OHSEM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri
Pada 08 Julai 2025, delegasi dari Program Sarjana Muda Sains Sosial dalam Pengurusan Keselamatan dan Persekitaran Pekerjaan dengan Kepujian (OHSEM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan lawatan penanda aras ke Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). Lawatan penandaarasan adalah bertujuan untuk melihat pengendalian Program BPS memandangkan Program OHSEM adalah program baru yang akan ditawarkan bermula Oktober 2025 ini. Delegasi FSSK UKM terdiri daripada Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan, Prof. Madya Dr. Azlan Abas, Timbalan Dekan (Siswazah), Ts. Dr. Mohammad Lui Juhari, Pensyarah FSSK, Ir. Ts. Dr. Mohamad Xazaquan Mansor Ali, Pensyarah FSSK, Dr. Mohd Nasir Selamat, Pensyarah FSSK, Dr. Siti Dina Razman Pahri, Pensyarah FSSK, Dr. Cheah Wai Yan, Pensyarah FSSK, dan Dr. Dona Raihana Don Ramli, Pensyarah FSSK.
Mesyuarat dimulakan dengan sesi perkenalan dan pembentangan latar belakang universiti dan fakulti oleh PM Dr. Aizi Nor Mazila Ramli, Dekan FSTI, diikuti oleh pengenalan kepada Program BPS oleh Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program BPS. Sesi diteruskan dengan pengenalan kepada program OHSEM FSSK UKM oleh Dekan FSSK diikuti oleh perbincangan utama yang menumpukan kepada struktur program, proses penilaian program, dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara kedua-dua institusi. Sesi penandaarasan telah diakhiri dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian pada pukul 12 tengah hari. Sesi lawatan berakhir pada pukul 2 petang.