FIST UMPSA

View by Category

Tiga Pelajar FSTI Raih Pengiktirafan di Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025

11 Jun 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila tiga orang pelajarnya berjaya menerima pengiktirafan dalam Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti, UMPSA Kampus Gambang.

Majlis anugerah bertemakan “Kilauan Aspirasi, Mercu Pengiktirafan” ini merupakan platform penghargaan universiti bagi mengiktiraf ketokohan, bakat serta sumbangan mahasiswa yang telah memberikan impak positif sepanjang tahun 2025.

Tiga pelajar FSTI yang berjaya menerima anugerah dalam kategori individu ialah:

  • Nurul Zaris Sofiya Mohd Rani (BSB) – Penerima Anugerah Ikon Kepimpinan atas keupayaan mempamerkan ciri kepimpinan yang cemerlang serta menjadi contoh kepada rakan mahasiswa.
  • Maryam Mohamad Jais (BPS) – Penerima Anugerah Ikon Perpaduan atas sumbangan aktif dalam memupuk keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan warga universiti.
  • Essah Ghani Azeem Hussain (BPS) – Penerima Anugerah Ikon Khidmat Komuniti atas komitmen dan penglibatan aktif dalam pelbagai program pembangunan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Kejayaan ini membuktikan bahawa mahasiswa FSTI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut menyerlah dalam aspek kepimpinan, perpaduan dan khidmat masyarakat selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.

Seluruh warga FSTI merakamkan ucapan tahniah kepada Nurul Zaris Sofiya, Maryam dan Essah Ghani atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus menyumbang dan mengharumkan nama universiti pada masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang