FIST UMPSA

View by Category

Sesi Co-Lecture BPS1213 Perkukuh Kefahaman Pelajar Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

4 Jun 2026 | UMPSA Gambang

Satu sesi co-lecture bagi kursus BPS1213: OSH Legislations, Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian.

Sesi ini menampilkan Ts. ChM. Dr. Anuar Ishak, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, sebagai penceramah jemputan. Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk “Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974): Perspektif dari Pegawai DOE” yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan serta cabaran sebenar dalam pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 daripada perspektif pegawai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar.

Program ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai aplikasi sebenar EQA 1974 dalam industri, di samping memperkukuh pemahaman mereka terhadap aspek pelaksanaan dan pematuhan perundangan alam sekitar dari sudut praktikal dan profesional. Penganjuran sesi ini juga selaras dengan usaha fakulti untuk merapatkan jurang antara teori akademik dan amalan sebenar di lapangan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman industri.

Sepanjang sesi berlangsung, Ts. ChM. Dr. Anuar Ishak berkongsi pelbagai contoh kes sebenar, kandungan utama EQA 1974 serta peranan penting pihak industri dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Beliau turut menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh pelajar berkaitan cabaran pelaksanaan dan penguatkuasaan akta tersebut.

Sesi perkongsian ini telah memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam memahami kepentingan pematuhan perundangan alam sekitar serta peranan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam memastikan kelestarian operasi industri yang selamat dan bertanggungjawab.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang