FIST UMPSA

View by Category

Sambutan OSH & Inisiatif 1001 Bakau Pacu Kelestarian Alam Sekitar

28 April 2026 | Sabak Bernam, Selangor

Sambutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta Program Penanaman 1001 Bakau telah berjaya dilaksanakan di kawasan P16 hingga P17, Site Air Tawar sebagai usaha memperkukuh kesedaran terhadap keselamatan di tempat kerja dan kelestarian alam sekitar.

Program yang membawa tema “Satu Pokok, Sejuta Harapan” ini berfungsi sebagai jaringan kolaborasi antara Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dan Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Alam Sekitar Selangor, Meranti Budiman Sdn. Bhd. (MBSB), BBSB Holdings Sdn. Bhd. (BSBB), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sahabat Hutan Bakau Kg. Dato’ Hormat serta Global Environment Centre (GEC) dalam menjayakan inisiatif keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.

Antara pengisian utama program termasuk sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day), majlis meraikan pencapaian 1 juta manhours without lost time injury (WLTI), serta pelancaran rasmi program penanaman pokok bakau sebagai usaha pemuliharaan kawasan pesisir pantai.

Aktiviti penanaman bakau dilaksanakan secara berkumpulan melibatkan pelbagai pihak dengan sasaran keseluruhan sebanyak 1000 pokok bakau yang merangkumi spesies bakau minyak, berembang dan nipah. Inisiatif ini dirancang secara berfasa bagi memastikan keberkesanan penanaman serta kelangsungan hidup pokok dalam jangka panjang.

Program ini turut disertai oleh pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Idris, Ts. Dr. Ahmad Soyuti bin Haji Sabran, Profesor Madya Dr. Abdul Aziz bin Mohd Azoddein serta Dr. Izirwan bin Izhab, telah menyumbang dari segi kepakaran serta sokongan ilmiah dalam menjayakan program.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, malah menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar secara berterusan melalui penglibatan komuniti dan pelbagai agensi.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang