FSTI UMPSA Bimbing Lepasan SPM Terokai Laluan Kerjaya dalam Sains & Teknologi Industri
31 Mac 2026 | Gambang
Pada 31 Mac 2025, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijemput untuk mengadakan aktiviti promosi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang bersempena Hari Pengumuman Keputusan SPM 2025.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian di peringkat universiti, khususnya dalam bidang sains dan teknologi industri yang ditawarkan oleh FSTI.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar serta ibu bapa telah diberikan penerangan berkaitan program akademik, syarat kemasukan, serta potensi laluan kerjaya dalam bidang berkaitan. Sesi ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara langsung dan membuat pertimbangan yang lebih jelas terhadap hala tuju pendidikan mereka.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran pelajar yang menunjukkan minat tinggi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pengajian di FSTI.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu para pelajar membuat pilihan yang tepat dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya mereka, selaras dengan usaha FSTI dalam melahirkan graduan berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi industri.
