FIST UMPSA

View by Category

FSTI Anjur Program Pemantapan Motivasi Pelajar Diploma Sains Industri

19 Mei 2026 | UMPSA Gambang

Satu sesi bersama 60 orang pelajar Diploma Sains Industri (DRS), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di ruang legar antara Blok X dan Y bermula jam 5.30 petang.

Program ini dianjurkan bertujuan memberi suntikan motivasi serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan pelajar DRS.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar, diikuti ucapan aluan oleh Pemangku Penyelaras DRS, Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali. Seterusnya, para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bagi menjalani aktiviti berkumpulan bertajuk “Trust in Action”.

Aktiviti tersebut bertujuan merapatkan ukhuwah dan membina kepercayaan antara ahli kumpulan melalui kerjasama serta komunikasi yang berkesan.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali serta sesi soal jawab bersama para pelajar sebelum bersurai pada jam 6.30 petang.

Diharapkan program seperti ini dapat terus meningkatkan motivasi pelajar DRS sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan FSTI pada masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang