1 November 2025 | SCITEX FSTI
๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐ข ๐ ๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐๐ง ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข (๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Satu Mesyuarat Agung Tahunan SCITEX atau Annual Grand Meeting (AGM SCITEX) telah diadakan pada hari ini. AGM ini telah berlangsung dengan kehadiran penasihat persatuan yang lama dan baru, barisan exco dan rakan exco SCITEX sidang 2024/2025 dan juga kehadiran bakal exco dan rakan exco SCITEX sidang 2025/2026.
Majlis telah bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu UMPSA. Seterusnya pembentangan aktiviti SCITEXS sidang 2024/2025 oleh Setiausaha SCITEX 2024/2025 diikuti pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan. Majlis diteruskan lagi dengan sesi ucapan daripada Presiden SCITEX Sidang 2024/2025 diikuti pengunduran AJK SCITEX sidang 2024/2025. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSTI, Ts. Dr. Hafiz bin Maswir telah menyerahkan sijil pelantikan dan sijil penghargaan kepada semua AJK dan Exco yang telah berkhidmat pada sidang 2024/2025.
Seterusnya, pelantikan Exco dan Majlis Tertinggi SCITEX telah diadakan dalam pemilihan Majlis Tertinggi bersama penasihat pada sidang 2024/2025 setelah melalui saringan sesi temuduga sebelum ini. Senarai rakan exco, exco dan majlis tertinggi telah dimaklumkan oleh bekas Presiden SCITEX 2024/2025. Penasihat dan Timbalan Penasihat SCITEXS, Ts. Dr. Nurul 'Azyyati binti Sabri dan Dr. Aishah binti Mohd Marsin telah menyempurnakan majlis dengan bersama-masa semasa sesi bergambar.
