FIST UMPSA

News & Events

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut yang terletak di Pejabat Daerah Jerantut telah diadakan pada 2 Jun 2022. Lawatan ini disertai oleh Ts Dr Azizan Bin Ramli, Dr Mohd Najib Bin Yacob, Dr Khairiah Binti Mohd Mokhtar dan Ts. Mohamad Ezuan bin Abdul Jalil bertujuan untuk mengetahui pengurusan pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ketika bencana seperti banjir berlaku di daerah Jerantut. ASP Lim Meng Chea mewakili jawatankuasa pengendali PKOB Daerah Jerantut telah menerangkan keberkesanan sistem yang digunakan bagi pengurusan ketika bencana.

Sistem yang dikenali sebagai  J Force yang telah ditubuhkan atas initiatif staf pengendali PKOB ini merupakan idea yang sangat bernas bagi melancarkan pengurusan mangsa bencana. Sistem ini meletakkan semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah Jerantut, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di dalam satu platform yang sama bagi memudahkan komunikasi urusan pengumpulan data seperti jumlah mangsa, kapasiti pusat pemindahan, stok bantuan dan paras air sungai. Maklumat dan tindakan yang diambil akan dikemaskini dalam tempoh 1 hingga 4 jam dan data terakhir yang dikemaskini akan dikeluarkan pada pukul 10 malam setiap hari. Pada asalnya, sistem ini ditubuhkan bagi pengurusan bencana banjir tetapi setelah beberapa tahun melalui proses penambahbaikan, skop sistem ini diperluaskan kepada kejadian kecemasan lain seperti tanah runtuh dan kemalangan.

Sebagai kesimpulan, idea sistem ini berpotensi besar untuk diperluaskan dengan kolabarasi antara penyelidik UMP dan PKOB Daerah Jerantut.

 

Laporan ditulis oleh:-

Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSTI.

 

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah diadakan pada 22 Jun 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Tun Teja 1 dan 2, UMP Kampus Gambang yang melibatkan seramai 35 orang staf FSTI yang terdiri daripada pelbagai skim iaitu skim DS, N, C dan Q. Objektif kursus diadakan adalah untuk kesemua staf FSTI yang terdiri daripada pelbagai skim ini dapat menambah ilmu pengetahuan, menghayati dan mengaplikasikan serta dapat mempraktikkan segala ilmu dan latihan yang diberi oleh penceramah jemputan dari Jabatan Bendahari iaitu Puan Norliza Binti Arshad selaku Pengurus Besar di Jabatan Bendahari.

Hasil maklumbalas daripada peserta yang hadir dalam kursus ini memberikan respon yang positif kerana kursus ini sangat relevan kepada setiap peserta. Menurut Puan Hairunnisa Binti Osman, Pegawai Sains berkata kursus-kursus ini sangat diperlukan secara berkala kerana setiap peserta boleh mengetahui perubahan-perubahan tatacara kewangan yang sedia ada dan dapat menambahbaik lagi ilmu yang segi ada berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Pihak Pengurusan FSTI sangat berpuas hati dengan penganjuran kursus ini kerana telah mencapai objektif dan matlamat seperti yang telah dirancang.

 

Laporan disediakan oleh:-

Encik Zahiruddin Bin Mohd Zain, Unit Pentadbiran, Fakulti Sains dan Teknologi Industri

 

Gambar-gambar kursus:-

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke Makmal FSTI

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke Makmal FSTI

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah berjalan pada 8 Jun 2022 yang disertai oleh 28 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Terdapat sesi penerangan berkaitan dengan fungsi dan keperluan makmal-makmal di Fakulti. Selain itu,  pelajar-pelajar turut merasai pengalaman menjalankan beberapa ujikaji yang melibat peralatan makmal yang dibantu oleh staf teknikal makmal.

 

Gambar-gambar sesi lawatan dan aktiviti.

 

FIST Webinar 1.0:  Publishing at University for Beginners to Intermediate Levels

FIST Webinar 1.0: Publishing at University for Beginners to Intermediate Levels

FIST Webinar 1.0 

Publishing at University for Beginners to Intermediate Levels  

Come and join us....                      

 

Kolokium Pascasiswazah 2/2022

Kolokium Pascasiswazah 2/2022

Kolokium Pascasiswazah 2/2022: Theoretical and Experimental Investigations of Zinc Oxide Nanostructures as Photoelectrode for Solar Cell Application.

Sesi Lawatan Industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Sesi Lawatan Industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Delegasi UMP yang diwakili oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Fakulti Sains Industri Teknologi iaitu Ts Mohd Najib Bin Razali dan Profesor Madya Dr. Nina Suhaity Binti Azmi telah mengadakan satu lawatan industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Pasukan penyelidik UMP telah diberikan taklimat berkenaan operasi kilang dan produk-produk yang dihasilkan.

Antara objektif lawatan ini adalah bagi meninjau potensi kerjasama projek penyelidikan dan geran industri di antara UMP dan CSR.

Semoga sesi lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

 

Gotong royong Iftar Jamaie UMP Gambang

Gotong royong Iftar Jamaie UMP Gambang

Gotong-royong staf FSTI pada 7 April 2022 (Khamis) bagi Program menyediakan menu Iftar bagi pelajar di UMP Gambang. Gotong-royong ini diuruskan oleh Kelab Kebajikan UNIK dengan kerjasama daripada pihak PIMPIN UMP.

Sesi perkongsian hasil penyelidikan

Sesi perkongsian hasil penyelidikan

Sesi perkongsian oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli berkenaan hasil penyelidikan penggunaan sisa nanas sebagai medium tanaman cendawan di antara UMP dan pengarah-pengarah serta pegawai-pengawai LPNM seluruh malaysia. Seramai 40 orang terlibat di dalam sesi ini yang bertempat di Pekan Mushroom Resources sdn bhd yang juga rakan kolabrasi UMP dalam penyelidikan cendawan komersial di Malaysia. Hasil perkongsian ini diharap membawa impak besar dalam pemeliharaan alam sekitar dan juga isu keselamatan makanan di Malaysia.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang