FSTI-Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan(KKP) Webinar 1.0
Tarikh: 24 Ogos 2022
Masa: 2.30-3.30 ptg
Platform: Microsoft Teams(https://bit.ly/3puaeep)
Tajuk: "Stress!!!, Apa Kata Neurosains"
Penceramah: Dr Mohd Khairul Izamil bin Zolkefley
FIST UMPSA
FIST UMPSA
FSTI-Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan(KKP) Webinar 1.0
Tarikh: 24 Ogos 2022
Masa: 2.30-3.30 ptg
Platform: Microsoft Teams(https://bit.ly/3puaeep)
Tajuk: "Stress!!!, Apa Kata Neurosains"
Penceramah: Dr Mohd Khairul Izamil bin Zolkefley
Lawatan dan perbincangan kerjasama telah dijalankan di PolyGreen Chemicals Sdn Bhd di Klang, Selangor pada 28 Julai 2022. Lawatan diketuai oleh pensyarah kanan, Ts Dr Siti Noor Hidayah Mustapha dan disertai bersama Ts Dr Muhammad Hafiz Mazwir. PolyGreen merupakan syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk polyol berasaskan bahan semula jadi yang memfokuskan kepada minyak sawit. Beberapa siri penerangan dan perbincangan berkaitan R&D dan produk berasaskan kelapa sawit telah dijalankan bersama Ketua Pasaran dan R&D PolyGreen, Mr Dannis Wong dan Pengurus Kilang, Ms. Tan Meei Yun.
Pihak UMP juga telah berbincang berkaitan peluang kerjasama penyelidikan dan penyeliaan pelajar untuk Latihan Industri pada masa akan datang. Sesi lawatan dan perbincangan ini berakhir dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati kepada pihak PolyGreen.
Laporan disediakan oleh Ts Dr Siti Noor Hidayah Mustapha.
Seramai empat orang staf daripada FSTI; Dr Azizan, Dr Adila, Dr ‘Azyyati, dan Dr Kamrul telah mengadakan lawatan ke Kampung Pagi, Jerantut, Pahang. Tujuan utama lawatan ke Kg. Pagi adalah untuk membuat sesi rakaman dan temuramah mengenai proses pembuatan ‘asam rong’ dan masakan berasaskan asam rong, yang akan digunakan untuk sesi ‘Virtual Tour’ bagi program ‘International Science-Culture Workshop’ anjuran bersama Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia yang akan diadakan pada 22-25 Ogos 2022.
Menurut pengusaha asam rong di Kampung Pagi, En. Rafi bin Ab Rashid dan isterinya Puan Armila binti Azran, asam rong merupakan makanan tradisional yang sangat popular di kalangan masyarakat di daerah Jerantut, Pahang serta di kawasan sekitarnya. Asam rong diperbuat daripada biji getah melalui beberapa proses pengeringan untuk dijadikan ‘asam rong’. Biji getah yang gugur daripada pokok getah yang matang dikutip dan dijemur dibawah cahaya matahari selama beberapa hari bagi memudahkan proses pemecahan kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih. Isinya kemudian dijemur selama lebih kurang satu minggu bergantung kepada tahap kekeringannya. Setelah kering, isi biji getah tersebut dikisar sehingga halus dan diperam di dalam bekas yang tertutup rapi dan sedia untuk dimasak. Asam rong ini boleh disimpan selama beberapa tahun tanpa rosak walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Sesi temuramah dan rakaman video mengenai proses pembuatan dan masakan berasaskan asam rong telah dibuat bersama Puan Nur Amalina binti Azran.
Gambar-gambar Aktiviti:-
Laporan disediakan oleh Dr. Nor Adila Mhd Omar, Pensyarah FSTI
Seramai enam orang staf daripada FSTI; Dr Azizan, Dr Nazikussabah, Dr Lee Chin Mei, Dr ‘Azyyati, En. Halimi, dan Dr Adila telah mengadakan lawatan ke sangkar ikan patin di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, Pahang pada 23 Jun 2022 jam 10 pagi.. Tujuan utama lawatan ke sangkar ikan patin ini adalah untuk membincangkan potensi kolaborasi di antara FSTI dan penternak ikan patin.
Disamping itu, temuramah dan rakaman video bersama pemilik sangkar ikan patin ini, Dato’ Rodzuan bin Zaaba juga telah diadakan bertujuan mendapatkan maklumat mengenai ikan patin. Rakaman ini akan digunakan bagi sesi ‘Virtual Tour’ bagi program ‘International Science-Culture Workshop’ anjuran bersama Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia yang akan diadakan pada 22-25 Ogos 2022.
Gambar-gambar aktiviti:-
Laporan disediakan oleh:-
Dr. Nor Adila Mhd Omar