FIST UMPSA

News & Events

FSTI Raikan Kecemerlangan Staf dalam Majlis Anugerah Citra Gemilang 2025

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Citra Gemilang FSTI 2025 yang berlangsung pada 12 Februari 2026 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan FSTI, Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli.

Majlis Anugerah Citra Gemilang merupakan acara tahunan berprestij yang dianjurkan bagi menghargai serta mengiktiraf usaha, komitmen dan dedikasi warga FSTI dalam pelbagai bidang termasuk akademik, penyelidikan, pentadbiran dan khidmat sokongan.

Sebanyak 15 anugerah kategori khas telah disampaikan kepada staf yang menunjukkan kecemerlangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan fakulti di bawah portfolio akademik, penyelidikan serta hal ehwal pelajar dan alumni. Antara anugerah yang dipertandingkan termasuk Anugerah Jawatankuasa Kecil HEPA Terbaik, Anugerah Penasihat Akademik Terbaik, Anugerah Mentor Pembangunan Pelajar Terbaik, Anugerah Inisiatif Pengantarabangsaan Pelajar Terbaik, Anugerah Produk Penyelidikan Terbaik, Anugerah Produk Pengkomersialan Terbaik, Anugerah Perundingan Terbaik, Anugerah Geran Agensi Terbaik, Anugerah Geran Industri Terbaik, Anugerah Geran Antarabangsa Terbaik, Anugerah Penerbitan Jurnal Terbaik, Anugerah Jawatankuasa Kecil Akademik Terbaik, Anugerah Pengantarabangsaan Global Classroom Basic Terbaik, Anugerah Pengantarabangsaan Global Classroom Standard Terbaik, serta Anugerah Projek SULAM Terbaik. Setiap penerima anugerah menerima plak dan sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan.

Selain itu, empat anugerah utama fakulti turut disampaikan bagi menghargai pencapaian individu yang menonjol dalam kategori masing-masing. Penerima anugerah tersebut ialah:

• Anugerah Atlet Fakulti Harapan – Cik Nurfaziatun binti Dahalan
Anugerah Staf Teknikal Harapan – Cik Nor Atiqah binti Abd Rahim
Anugerah Staf Pentadbiran Harapan – Cik Nur Shamimie Afieqa binti Muhamad Zamri
Anugerah Staf Akademik Harapan – Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan bin Ahmad

Penerima anugerah utama turut membawa pulang kepingan emas dan sijil penghargaan sebagai simbol penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharapkan penganjuran majlis ini dapat terus menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga FSTI untuk mengekalkan kecemerlangan serta meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

 

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang