FIST UMPSA

View by Category

FSTI UMPSA Teroka Kolaborasi Strategik dengan Curtin University dalam Bidang Akademik dan Penyelidikan

FSTI UMPSA Teroka Kolaborasi Strategik dengan Curtin University dalam Bidang Akademik dan Penyelidikan

1 April 2026 | UMPSA Gambang

Satu sesi perbincangan berkenaan potensi kolaborasi strategik telah berlangsung secara dalam talian antara Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Curtin University, Australia.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda utama, termasuk penganjuran bersama Colloquium of Academic and Research (COAR 2026) yang diketuai oleh Ts. Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), FSTI. Selain itu, kedua-dua institusi turut meneroka peluang kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan seperti pelaksanaan global classroom, penerbitan bersama serta projek penyelidikan kolaboratif.

Sesi ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan FSTI, dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan fakulti serta wakil Pusat Global UMPSA.

Delegasi Curtin University diketuai oleh Professor Dr. Jaya AR Dantas, Dean (International), Faculty of Health Sciences, bersama barisan akademik dari bidang kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

Perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa dan dijangka membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif bersama berimpak tinggi dalam pembangunan akademik serta inovasi penyelidikan pada masa hadapan.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang