FIST UMPSA

View by Category

ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universitas Brawijaya, Indonesia

ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universitas Brawijaya, Indonesia

10 November 2026 | UMPSA Paya Besar

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Fizikal, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail, telah dilantik sebagai Profesor Adjung (Adjunct Professor) di Universitas Brawijaya, Indonesia, bagi tempoh 11 September 2026 hingga 10 September 2027.

Pelantikan ini melibatkan Chemistry Department, Faculty of Sciences, Technology and Mathematics, Universitas Brawijaya, dan merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran akademik beliau dalam bidang kimia, di samping membuka ruang kepada pengukuhan jaringan akademik dan penyelidikan antarabangsa.

Menerusi pelantikan tersebut, beliau akan terlibat dalam aktiviti pengajaran antarabangsa serta kerjasama penerbitan penyelidikan bersama ahli akademik Universitas Brawijaya. Antara komitmen yang digariskan termasuk penyampaian dua sesi kuliah secara dalam talian dan penghasilan manuskrip penyelidikan bersama untuk dihantar ke jurnal antarabangsa berindeks Scopus sekurang-kurangnya pada kuartil kedua (Q2).

Pelantikan ini turut membuka peluang kepada perkongsian kepakaran, pengembangan jaringan penyelidikan dan kerjasama penerbitan antara kedua-dua institusi.

Pencapaian ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran ahli akademik FSTI serta menyokong usaha UMPSA memperkukuh pengantarabangsaan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penerbitan ilmiah.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang