FSTI Raih Tempat Kedua Pertandingan Video Kreatif Amalan EKSA 2026
30 April 2026 | UMPSA Gambang
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa EKSA FSTI atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Video Kreatif Amalan EKSA UMPSA 2026.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat universiti.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga FSTI dalam membudayakan amalan kerja yang sistematik, kondusif dan berkualiti selaras dengan prinsip EKSA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas sokongan dan usaha yang diberikan.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
Disediakan oleh:
JK Promosi EKSA FSTI
