FSTI Anjur Latihan Pengendalian Smart Classroom 2.0
29 April 2026 | UMPSA Gambang
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Latihan Pengendalian Peralatan Smart Classroom 2.0 yang dihadiri oleh seramai 20 orang staf bertempat di bilik Smart Classroom.
Program ini dianjurkan oleh Taskforce Smart Classroom dengan tujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran staf dalam penggunaan kemudahan Smart Classroom bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan efektif.
Sesi latihan dikendalikan oleh Dr. Kamrul Fakir bin Kamarudin, manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali, ahli Taskforce Smart Classroom.
Sepanjang latihan, para peserta telah didedahkan kepada penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan peralatan Smart Classroom, diikuti dengan sesi amali bagi memberi pengalaman secara langsung kepada peserta.
Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi bergambar.
Disediakan oleh:
Taskforce Smart Classroom
