FIST UMPSA

View by Category

FSTI Anjur Sesi Promosi "Direct Intake" Untuk Tarik Minat Pelajar DRS

6 April 2026 | UMPSA Gambang

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan satu Sesi Taklimat Promosi ‘Direct Intake’ kepada pelajar Diploma Reka Bentuk Sistem (DRS) pada 6 April 2026. Sesi ini melibatkan seramai 25 orang pelajar DRS yang sedang menjalani latihan industri.

Program dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ucapan aluan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali, Pemangku Penyelaras Akademik DRS. Seterusnya, para pelajar diberikan pendedahan mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di FSTI, yang disampaikan oleh Dr. Nazira binti Mahmud, Ketua Jabatan Sains Biologi, dan Dr. Nurjannah binti Salim, Ketua Jabatan Sains Fizikal.

Sesi taklimat turut disampaikan oleh Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, yang memberi penerangan lanjut berkaitan laluan akademik serta peluang yang ditawarkan kepada pelajar.

Program diteruskan dengan sesi soal jawab dan perbincangan yang memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak pengurusan fakulti. Turut hadir ialah Pn. Nor Asyikin binti Basharudin, Penolong Pembantu Tadbir FSTI, bagi membantu menjawab pertanyaan pelajar.

Sesi taklimat berakhir pada jam 9.00 malam dengan sesi bergambar bersama.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang