Pensyarah FSTI Terpilih ke Sesi Penilaian AKRI 2026
8 April 2026 | UMPSA Gambang
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan ucapan tahniah kepada Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati binti Sabri, pensyarah FSTI, yang telah terpilih untuk menyertai Sesi Penilaian Anugerah Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2026 bagi kategori pentaksiran alternatif.
Sesi penilaian tersebut telah berlangsung di Pusat Bahasa Moden (PBM) dan merupakan platform penting dalam menilai inovasi serta keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan akademia UMPSA.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga FSTI dalam memperkukuh kualiti pendidikan serta menggalakkan inovasi dalam penyampaian kurikulum.
Pihak fakulti mendoakan agar usaha dan dedikasi yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang serta mengharumkan nama FSTI dan UMPSA.
